Tender | Services
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah - Projetcs To Upgrade The Sewage System And Related Work
Tender ini adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)/ PUKONSANUPKJ Kementerian Kewangan dalam Gred, Kategori, Pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:
Pejabat Yang Memanggil Tawaran
Bahagian Perkhidmatan Teknik Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah Beg Berkunci No.3 23409, Bandar Al Muktafi Billah Shah Dungun, Terengganu.
Tajuk Projek
LKTT/01/2019
PROJEK MENAIK TARAF SISTEM KUMBAHAN DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI LIMA (5) TAMAN DI BANDAR AL MUKTAFI BILLAH SHAH, DUNGUN, TERENGGANU
Taraf/Jenis Syarikat*
Bumiputera/T1
Gred Kategori & Pengkhususan/Kelas,Tajuk & Tajuk Kecil/Kelas,Kepala & Sub-Kepala
Gred G7 Kategori : CE Pengkhususan : CE 19 & CE 21
Pendaftaran Dengan SPAN Permit IPA C1
Tempat Dan Tarikh Dokumen Mula Dijual
Bahagian Perkhidmatan Teknik (Tingkat 3)
Tarikh Dokumen Mulai Dijual:
Bahagian Perkhidmatan Teknik (Tingkat 3)
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah Beg Berkunci No.3 23409, Bandar Al Muktafi Billah Shah Dungun, Terengganu.
11/9/2019 (Rabu) - 25/9/2019 (Rabu) Ahad - Rabu : 8.30 Pagi 12.30 Tgh Hari & 2.30 ptg - 4.00 Ptg Khamis : 8.15 Pagi - 12.45 Tgh Hari & 2.15 ptg - 3.00 Ptg (Tutup Pada Hari Kelepasan Am)
Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama
RM530.00
LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH (KETENGAH)
Tempat Tarikh & Waktu Tender Tutup
Bahagian Kewangan dan Perakaunan (Tingkat 3)
Lembaga kemajuan Terengganu Tengah 23409, Bandar Al Muktafi Billah Shah Dungun, Terengganu.
02/10/2019 (Rabu) Jam 12.00 Tgh Hari
KONTRAKTOR DIWAJIBKAN UNTUK MENGHADIRI TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK YANG DIADAKAN PADA 11 SEPTEMBER 2019 (RABU), JAM 10.00 PAGI DAN DIKEHENDAKI MELAPORKAN DIRI DI BALAI ORANG RAMAI (BALORA) 23400 BANDAR AL MUKTAFI BILLAH SHAH DUNGUN TERENGGANU. DENGAN MEMBAWA BERSAMA LESEN PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR (PKK) TARAF BUMIPUTERA, LESEN PEROLEHAN KERJA KERAJAAN YANG DIKELUARKAN OLEH LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) YANG ASAL DAN SALINAN (TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN). HANYA PENAMA YANG DIBERI KUASA DI DALAM LESEN SAHAJA YANG DIBENARKAN MENGHADIRI TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK, WAKIL ADALAH TIDAK DIBENARKAN.
2.Dokumen Meja Tender boleh disemak dan Dokumen Tender boleh diperolehi di pejabat berkenaan sebagaimana waktu yang dinyatakan. Tender ini mensyaratkan bahawa hanya penama di dalam Perakuan Pendaftaran Kontrak (PKK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), PUKONSA, UPKJ yang boleh menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat tender. Tender ini mensyaratkan bahawa kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PKK, SPKK, PUKONSA, UPKJ atau Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, Kementerian Kewangan. (Pekeliling Perbendaharaan Malaysia Pindaan 23/12/2014).
3.Bayaran bagi Dokumen Tender boleh dibuat dalam bentuk draf bank/ kiriman wang/wang pos di atas nama LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH (KETENGAH) atau dibayar secara tunai di kaunter Bayaran Unit Prasarana KETENGAH. Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan industri Pembinaan Malaysia serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan).
Jenis Pendaftaran
T1 - Syarikat yang 100% milik tempatan
T2 - Syarikat yang 100% milik tempatan ATAU 'syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi
30%.dan ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara.
T3 - Syarikat yang 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usaha sama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.