Asklegal

Tender | Purchase Tender | Services

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri - Purchase Computer Equipments & Printer


KENYATAAN TAWARAN BIL: 14/2019 Sebut harga adalah dipelawa daripada kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KKM) yang tempoh sah laku sehingga 90 hari dari tarikh tutup Tender serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini untuk Tender berikut:


 

 

BIL.1.

 

NO. TENDER

MBIP/T/39/2019


 

 

TAJUK PROJEK

PEMBELIAN PERALATAN  KOMPUTER DAN KOMPUTER RIBA SERTA PENCETAK UNTUK KEGUNAAN PEJABAT MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI


GRED


KATEGORI

KKM


PENGKHUSUSAN

210101 210102 DAN 210103


HARGA DOKUMEN (RM)

50.00


 

2.Dokumen Meja Tender akan dipamerkan mulai 02 September 2019 hingga 25 September 2019 semasa waktu pejabat di Kaunter Unit Perolehan, Bahagian Pentadbiran Am, Bangunan Kabin, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Skudai, Johor. 

 

3.Dokumen tender boleh diperolehi mulai 04 September 2019 hingga 25 September 2019 di kaunter Unit Perolehan, Bahagian Pentadbiran Am, Bangunan Kabin MBIP, dengan mengemukakan bayaran dokumentasi (tidak dikembalikan) dalam bentuk wang tunai. 

 

 

4. Dokumen tender hanya akan dikeluarkan kepada kontraktor/pembekal yang sah sahaja. Untuk maksud ini kontraktor/pembekal hendaklah membawa dokumen asal Kementerian Kewangan Malaysia (KKM). 

 

5.Kontraktor/pembekal dikehendaki untuk menyediakan satu salinan Surat Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) semasa membuat pembelian dokumen tender.

 

6.Petender-petender yang berminat adalah DIWAJIBKAN menghadiri taklimat pada 04 September 2019 JAM 10.00 pagi. Petender-petender adalah dikehendaki berkumpul untuk sesi taklimat pada 25 September 2019 JAM 12.00 tengah hari di Aras 10, Bangunan MBIP. Kehadiran hanya diambil kepada kontraktor/pembekal yang membawa Surat Pendaftaran Asal dan salinan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) yang masih sah tempohnya. 

 

7. Setiap tawaran tender hendaklah dikemukakan dalam DUA (2) sampul surat berlakri (sealed).

 

Sampul surat PERTAMA - CADANGAN KEWANGAN

Sampul surat KEDUA-CADANGAN TEKNIKAL

 

8.Pada sampul surat PERTAMA perlu ditandakan di sudut kiri sebelah atas dengan perkataan CADANGAN KEWANGAN manakala pada sampul surat KEDUA perlu ditandakan di sudut kiri sebelah atas dengan perkataan CADANGAN TEKNIKAL. 

 

9. Petender tidak dibenarkan meletak sebarang nama, tanda atau logo syarikat pada CADANGAN TEKNIKAL. 

 

10. Dokumen-dokumen lain yang tiada kaitan dengan CADANGAN TEKNIKAL bolehlah dihantar bersama dengan CADANGAN KEWANGAN 

 

11. Kedua-dua sampul tersebut (PERTAMA dan KEDUA) kemudiannya hendaklah dimasukkan ke dalam SATU

(1) sampul surat berlakri (sealed) serta dimasukkan ke dalam peti tawaran di Unit Perolehan, Bangunan Kabin, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Skudai sebelum atau pada tarikh 25 September 2019 jam 12.00 tengah harl. 

 

(DATO' HAJI ADIB AZHARI BIN DAUD) 

Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.