Asklegal

Tender | Construction

Jabatan Kerja Raya - Health Clinic (7 Type) With Quarters


Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut :-


Pejabat Yang memanggil Tender

 

UNIT JKR  KESEDAR


 

Tajuk Projek (Pembiayaan)

KLINIK KESIHATAN (JENIS 7) DENGAN KUARTERS  KARANGAN, KUALA KRAI, KELANTAN


 

Taraf/ Jenis Syarikat *

 

BUMIPUTERA/ T1


Gred, Kategori & Pengkhususan/ Kelas, Tajuk & Tajuk Kecil/Kelas, Kepala & Sub kepala 

 

Gred:G6

Kategori:B

Pengkhususan :B04


 

Tempat dan Tarikh Dokumen  Mulai Dijual

 

Bahagian Ukur Bahan,  Unit JKR KESEDAR, Jalan Chempaka Merah, 17500 Tanah Merah,  Kelantan

 

Tarikh Dokumen  Dijual:  11/09/2019 (RABU) Hingga 02/10/2019 (RABU)


 

Harga  Dokumen  & Bayaran Atas  Nama 

 

 RM330.00 Pengarah, Unit  JKR KESEDAR, 


Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

 

Bahagian Ukur Bahan, Unit JKR KESEDAR, Jalan Chempaka Merah, 17500 Tanah Merah,  Kelantan

 

Tarikh Tutup Tender: 02/10/2019 (RABU)  

Waktu:  

 

Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari


 

TAKLIMAT TENDER DAN LAWATAN TAPAK ADALAH DIWAJIBKAN. BERKUMPUL DI Dewan Wawasan Unit JKR KESEDAR, Tanah Merah, Kelantan. Pada 11.09.2019 Jam 10.30 Pagi.


 

Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ. 

 

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.

 

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama Pengarah, Unit JKR KESEDAR. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf   berserta satu salinan sijil-sijil tersebut.Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, Wakil Kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan)

 

* Jenis Syarikat Tempatan : 

T1 - Syarikat 100% milik tempatan.

A1 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara.

A2 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.