Asklegal

Tender | Services

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) - Money Security Control Service


Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ingin mempelawa kepada mana-mana Pembida/Petender untuk membida tawaran Tender No. SSM 6/2019. Dokumen Tender boleh didapati pada 30 Ogos 2019 waktu pejabat di Unit Perolehan, Ibu Pejabat SSM, Tingkat 25, Menara SSM@Sentral, No. 7 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50623 Kuala Lumpur. 

 

Taklimat tender akan diadakan pada 3 September 2019, 10.00 pagi di Auditorium Tun Dr. Siti Hasmah, Tingkat 10, Menara SSM@Sentral. Dokumen Tender boleh dibeli dengan harga RM500.00 setelah Borang Semakan Kelayakan Petender disahkan di Unit Perolehan, Tingkat 25, Menara SSM@Sentral dan seterusnya bayaran hendaklah dibuat di kaunter Bayaran, Tingkat 17, Menara SSM@Sentral dalam bentuk Tunai, kad Kredit, Bank Draf atau kiriman Wang Pos (tidak dikembalikan) atas nama Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Hanya Pembida/Petender yang berdaftar dengan SSM dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di bawah kod bidang yang disenaraikan di bawah dibenarkan untuk membeli dokumen tender. Sila bawa bersama salinan sijil kewangan dalam kod bidang di bawah sebagai bukti. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan Pembida/Petender tidak layak untuk membeli dokumen tender.

 

Sebarang pertanyaan berkaitan tender ini hendaklah dibuat melalui e-mel kepada perolehan@ssm.com.my. Tarikh akhir untuk membuat pertanyaan adalah pada 10 September 2019.


No. Tender

SSM 5/2019


Butiran' Tawaran

Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Wang "Cash in Transit" (CIT) Bagi Ibu Pejabat, Pejabat Negeri/ Cawangan, Pejabat UTC Dan Kaunter Perkhidmatan Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)


 

Harga Dokumen (RM)

500.00


Syarat Kelayakan Petender

 

Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang: 

220801 - kawalan Keselamatan (Perle lesen KDN)


Tarikh Tutup Penjualan Dokumen Tender

17.9.2019 4.00 petang


Tarikh Tutup/ Serahan Tender

24.9.2019 12.00 tengah hari

Bilik Serahan Tender,Tingkat 25, Menara SSM@ Sentral