Asklegal

Tender | Supply Tender | Maintenance Tender | Installation Tender | Services

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) - Services For Computers,Printers, Peripherals, Hardware & Software


 Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ingin mempelawa kepada mana-mana Pembida/Petender untuk membida tawaran Tender No. SSM 6/2019. Dokumen Tender boleh didapati pada 30 Ogos 2019 waktu pejabat di Unit Perolehan, Ibu Pejabat SSM, Tingkat 25, Menara SSM@Sentral, No. 7 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50623 Kuala Lumpur. 

 

Taklimat tender akan diadakan pada 3 September 2019, 2.30 petang di Auditorium Tun Dr. Siti Hasmah, Tingkat 10, Menara SSM@Sentral. Dokumen Tender boleh dibeli dengan harga RM500.00 setelah Borang Semakan Kelayakan Petender disahkan di Unit Perolehan, Tingkat 25, Menara SSM@Sentral dan seterusnya bayaran hendaklah dibuat di kaunter Bayaran, Tingkat 17, Menara SSM@Sentral dalam bentuk Tunai, kad Kredit, Bank Draf atau kiriman Wang Pos (tidak dikembalikan) atas nama Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Hanya Pembida/Petender yang berdaftar dengan SSM dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di bawah kod bidang yang disenaraikan di bawah dibenarkan untuk membeli dokumen tender. Sila bawa bersama salinan sijil kewangan dalam kod bidang di bawah sebagai bukti. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan Pembida/Petender tidak layak untuk membeli dokumen tender.

 

Sebarang pertanyaan berkaitan tender ini hendaklah dibuat melalui e-mel kepada perolehan@ssm.com.my. Tarikh akhir untuk membuat pertanyaan adalah pada 10 September 2019.


No. Tender

SSM 6/2019


Butiran' Tawaran

Supply, Install, Configure,Test, Commission And Maintenance Support For Computers,Printers, Peripherals, Hardware & Software For SSM Headquarters At Menara SSM@Sentral, States Office & Branches


 

Harga Dokumen (RM)

500.00


 

Syarat Kelayakan Petender

Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang: 

210101 - Hardware (low end technology) -Supply all types of computer hardware Including PC, notebook, printer, document scanner, peripherals andmaintenance; or 

210102 - Hardware (high end technology) - All types of server, mainframe, high end Printers, storage area network (SAN, NAS) including maintenance; or 

210103-Software - Supply all computer software, operating system, database, off-the-Shelf packages including maintenance; or 

210109 - Hardware and Software leasing/renting


 

Tarikh Tutup Penjualan Dokumen Tender

17.9.2019 4.00 petang


Tarikh Tutup/ Serahan Tender

24.9.2019 12.00 tengah hari

Bilik Camar,Tingkat 18, Menara SSM@ Sentral