Asklegal

Tender | Maintenance Tender | Services Tender | Government

Majlis Perbandaran Sepang - Building Re-Paint Job


1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor Bumiputera Negeri Selangor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) bagi kerja-kerja berikut:


BIL 1.


NO. TENDER

MPSepang (BGN)400-10/12/27


TAJUK KERJA

CADANGAN KERJA-KERJA MENGECAT SEMULA BANGUNAN KOMPLEKS MAJLIS PERBANDARAN SEPANG UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TAHUN 2019.


 

BIDANG, SUB BIDANG & PECAHAN BIDANG

CIDB, SPKK, G3B 14 ATAU B 04 & (UPEN)


HARGA DOKUMEN

RM 150.00


 

 

2. Dokumen tender boleh dibeli pada waktu pejabat di Tingkat 3, Unit Tender Dan Kontrak. Dokumen tender akan dikeluarkan mulai dari tarikh 09hb September 2019 hingga 26hb September 2019 dengan harga yang ditetapkan bagi senaskah (tidak dikembalikan). Dokumen Tender hanya dijual kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera atau wakil yang mengemukakan Surat Lantikan Wakil, Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) yang asal Bayaran hendaklah dibuat secara Tunai, Wang Pos atau Bank Draf yang berpalang atas nama 'Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang'. 

 

3. Kontraktor-kontraktor adalah diwajibkan untuk membuat lawatan tapak bersama Pegawai Penguasa atau wakilnya (Hanya penama di dalam lesen dengan membawa sijil asal). Hanya petender yang hadir pada lawatan tapak tersebut sahaja yang layak untuk memasuki tawaran ini. Petender dikehendaki melaporkan diri ditempat, tarikh dan masa seperti tersebut :

 

Tarikh . : 05hb September 2019 (Khamis) 

Masa : 10.00 pagi

Tempat Berkumpul : Bilik Melati, Aras 1, Majlis Perbandaran Sepang 

 

4. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat bermeteri dengan menulis No. Tender disebelah sudut kiri sampul dan dimasukkan ke dalam peti tender di Ruang Lobi Utama, Aras Dua, Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan sebelum atau pada jam 12.00 tengahari pada 26hb September 2019. 

 

5. Majlis Perbandaran Sepang tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau sebarang tender atau memberi apa-apa sebab tender itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini dan sebarang keputusan adalah muktamad.