Asklegal

Tender | Services

Majlis Daerah Pekan - Upgrading Existing Building For Bowling Center


i) Sebut harga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Majlis Daerah Pekan (MDP) dalam kelas dan jenis pendaftaran yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja yang berikut:-


 

Bil.1 Nama Projek

Menaik Taraf Bangunan Sedia Ada Untuk Dijadikan Pusat Boling, Pekan, Pahang Darul Makmur

 

MDP.T/03/2019


 

Gred, Kategori Dan Pengkhususan

Bumiputera, G4 B28


Tempat Dan Tarikh Lawatan Tapak (Wajib)

Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah 03.09.2019 (Selasa) Pukul 10.00 Pagi


Tempat Dan Tarikh Dokumen Mulai Dijual

Kaunter Bersepadu MDP 09.09.2019 (Isnin) Hingga 20.09.2019 (Jumaat) pada waktu pejabat


Harga Dokumen Dan Bayaran Atas Nama :

RM250.00 Yang Dipertua Majlis Daerah Pekan


Tempat, Tarikh Dan Waktu Sebut Harga Tutup

Kaunter Bersepadu MDP pada 25.09.2019 (Rabu) selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengah hari


ii) Dokumen sebut harga akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, kontraktor hendaklah membawa PERAKUAN PENDAFTARAN ASAL LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN ATAU KAD PERAKUAN PENERIMAAN PERMOHONAN PENDAFTARAN / CIDB DAN SIJIL PENDAFTARAN ASAL PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR dan Sijil Asal Pengiktirafan Bumiputera jika berkenaan. Salinan-salinan Perakuan dan/atau Sijil yang berkenaan boleh diterima jika disahkan oleh Pejabat yang mengeluarkannya. Hanya penama yang tercatat di dalam Sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Bayaran bagi dokumen sebut harga hendaklah dibuat di dalam Ringgit Malaysia dan dalam bentuk Draf Bank/Wang Pos/Kiriman Wang Pos/Tunai sahaja di atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah Pekan. 

 

iii) MDP tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran dan segala perbelanjaan yang berkaitan adalah tanggungan kontraktor sendiri 

(DATO' ROSE SHAMSUL BIN ABDUL RAZAK, DIMP., AAP, AMP) 

YANG DIPERTUA 

MAJLIS DAERAH PEKAN