Asklegal

Tender | Supply Tender | Services Tender | Government

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara - Safety Control Services (Non Weaponry)


Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal/kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang 220801(Kawalan Keselamatan - Perlu Lesen KDN) serta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara yang masih layak membuat tawaran Tender untuk bekalan seperti berikut:-


 


BIL. TAWARAN

LKTN/(S)/110/7 Jld. 5(5)

 


JENIS BEKALAN / PERKHIDMATAN

MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN (TANPA SENJATA API) UNTUK PEJABAT-PEJABAT LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA DI NEGERI KELANTAN, TERENGGANU, PAHANG, KEDAH, PERLIS DAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR SEBAGAIMANA SPESIFIKASI DI DOKUMEN TENDER UNTUK LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA

 


TARAF

Terbuka, keutamaan kepada pembekal yang bertaraf Bumiputera

 


 

Taklimat berhubung Tender di atas akan diadakan pada 5 September 2019 (Khamis), jam 10.30 pagi di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan. Petender yang ingin menyertai Tender ini diwajibkan hadir taklimat dan sila bawa bersama Surat Asal Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

 

Dokumen Tender boleh diperolehi di Unit Perolehan, Ibu Pejabat Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) pada waktu pejabat bermula pada 5 September 2019 (Selepas Taklimat) dengan harga RM50.00 senaskah. Bayaran boleh dibuat secara Draf Bank atau Kiriman Wang Pos sahaja atas nama Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN).

 

Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Unit Perolehan, Ibu Pejabat Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan sebelum atau pada 26 September 2019 (Khamis) sebelum jam 12.00 tengahari. 

 

Tarikh Iklan : 28 Ogos 2019 (Rabu)