Asklegal

Tender | Supply Tender | Delivery Tender | Services

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) - Services For Desk Computer


 

 

Tender adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang berpengalaman dan masih sah tempoh pendaftarannya untuk perkhidmatan berikut:


BIL .1 

NO.TENDER PERKARA

 

TM/TA/2019/009 

 

PERKHIDMATAN MEMBEKAL DAN MENGHANTAR KOMPUTER MEJA UNTUK KEGUNAAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN TOURISM MALAYSIA


 

KOD BIDANG PENDAFTARAN

 

Berdaftar dengan kod bidang di bawah: 

 

210101 - Hardware (low end technology) - Supply all types of computer hardware including PC, notebook, printer, document scanner, peripherals and maintenance

 

210102 - Hardware (high end technology) - All types of server, mainframe, high end printers, storage area network (SAN, NAS) including maintenance.

 

210103 - Software - Supply all computer software, operating system, database, off the-shelf packages including maintenance;

 

210105 - Telecommunication/networking - supply product, infrastructure, services including maintenance (LAN WAN/Internet/wireless satellite)


Dokumen tender boleh diperolehi di Unit Perolehan, Bahagian Pentadbiran, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM), Tingkat 8, No. 2, Menara 1, Jalan P5/6, Presint 5, 62200 Putrajaya pada waktu pejabat mulai 28 Ogos 2019 (Rabu). 

 

Dokumen tender boleh dibeli dengan harga RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja) satu set (tidak dikembalikan). Bayaran melalui wang tunai/cek/kad kredit/kad debit tidak akan diterima. Bayaran hanya boleh dibuat dalam bentuk Bank Draf/Kiriman wang atas nama Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia. 

 

Syarikat yang ingin membeli dokumen tender dikehendaki mengemukakan Sijil Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempoh pendaftaran untuk semakan berserta satu salinan sijil tersebut untuk simpanan LPPM. 

 

Tawaran tender berlakri hendaklah sampai/dimasukkan ke dalam peti tender di alamat seperti di atas sebelum atau pada 17 September 2019. (Selasa) jam 12.00 tengah hari. Sila ambil maklum bahawa LPPM tidak terikat dengan tawaran tender terendah atau sebarang tender.