Asklegal

Tender | Services

Jabatan Pengairan Dan Saliran - Mechanical And Electrical Infrastructure Projects


Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/ Kementerian Kewangan dalam Gred, kategori, Pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja bekalan berikut:-


Pejabat yang memanggil tawaran

Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal, JPS Malaysia


Nombor Tender/ Tajuk Projek

 

JPS/IP/MK/03/2018

 

 Kerja-kerja Naik Taraf Infrastruktur Mekanikal dan Elektrikal untuk Kawalan Banjir Pintu Air Water Front, Wilayah Persekutuan Labuan (TAWARAN SEMULA)


 

Taraf

Bumiputera


 

Syarat Pendaftaran

Berdaftar Dengan CIDB, Memegang Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan Dan Sijil Taraf Bumiputera Yang Masih Sah

 

GRED : G4 Kategori ME Pengkhususan M15


Tempat & Tarikh Dokumen Mulai Dijual 

 

Unit Tender, IPJPS Malaysia, mulai 5.9.2019 sehingga 25.9.2019 


Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

 

RM 200.00. Ketua Pengarah JPS Malaysia


Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

 

Unit Tender, IPJPS Malaysia, 26.9.2019

(Khamis). Jam 12.00 tengah hari


 

Taklimat Projek Adalah DIWAJIBKAN pada 4.9.2019 (Rabu) Masa : 10.00 pagi. Tempat Berkumpul : Lobi Pejabat Jabatan Pengairan Dan Saliran, Wilayah Persekutuan Labuan, Peti Surat 81458, Kompleks JPS, Jalan Rancha-rancha, 87204 Wilayah Persekutuan Labuan. Hanya Penama Syarikat Di dalam Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK), SINI Perolehan Kerja Kerajaan (SPPK), PUKONSA atau UPKJ sahaja boleh menghadiri lawatan tapak/sesi taklimat. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawal selain daripada penama dalam PKK,SPKK PUKONSA atau UPKJ.'

 

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat. 

 

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk drat bank/kiriman wang/ wang pos di atas nama Ketua Pengarah JPS Malaysia. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja kerajaan (SPKK) yang dikeluarkan oleh Lembaga Perindustrian Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan (Jika berkeriaan) beserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, Wakil Kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan)