Asklegal

Tender | Maintenance

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor - Recovery & Other Road Related Works


Tender adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor Bumiputera yang mempuriyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam Gred Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja-kerja berikut:-

 


 

BUTIR-BUTIR TAWARAN

 

Tajuk Projek 

CADANGAN KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI SEPANJANG JALAN LINGKARAN BERNAM SIBER, LAMAN 1, BERNAM JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN 

 

No. Kontrak 

PKNS/WT/ZON B-KON 2/2018

 

 


SYARAT PENDAFTARAN

CIDB: Gred G5 

Kategori CE Pengkhususan CE21

 


TEMPAT DAN TARIKH DOKUMEN DIJUAL

Bahagian Perolehan Tingkat 3, Kompleks PKNS Shah Alam, Persiaran Tasik, Shah Alam.

Pada : 28 OGOS 2019 HINGGA 12 SEPTEMBER 2019

Jam: 9.00 Pagi - 4.00 Petang

 


TARIKH TENDER DITUTUP

19 SEPTEMBER 2019 Jam 12.00 Tengahari


 

1.Keutamaan diberikan sekiranya petender / syarikat memiliki pensijilan dan pengalaman kerja seperti yang disenaraikan di bawah:

 

i) Sistem Pengurusan Kualiti (MS ISO 9001:2008) 

ii) Amalan kerja yang berkaitan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OHSAS 18001:2007)

iii) Pengurusan Alam Sekitar (ISO 14001:2004)

(Salinan sijil atau apa jua bukti hendaklah dikemukakan bersama dokumen tender / tawaran) 

 

2. LAWATAN TAPAK akan diadakan pada 27 OGOS 2019 (SELASA) jam 10.30 PAGI bertempat di HERITAGE PKNS, JALAN KEMUDI 2A, BERNAM JAYA, 44100 KERLING, SELANGOR DARUL EHSAN. Kehadiran adalah DIWAJIBKAN, hanya kontraktor yang hadir sahaja layak membeli tender.

 

** Wakil Syarikat perlulah dari kalangan yang berkelayakan seperti Pengurus Projek, Jurutera, Juruukur Bahan dan Yang Berkenaan.

 

3. Bayaran Dokumen Tawaran adalah RM420.00 dan hendaklah dibuat dalam bentuk Tunai, Draf Bank atau Kiriman Wang di atas nama PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (bayaran ini tidak akan dikembalikan). 

 

4. Naskah Dokumen Meja Tawaran boleh disemak di Bahagian Perolehan, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor pada waktu pejabat bermula 28 OGOS 2019. 

 

5. Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada Kontraktor atau wakil yang sah sahaja. Sekiranya pihak Kontraktor ingin menghantar wakil, sila bawa bersama surat perwakilan kuasa Kontraktor dikehendaki membawa SURAT PERWAKILAN KUASA, DOKUMEN ASAL PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR DAN SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK) DARI LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB), SIJIL PENGIKTIRAFAN TARAF BUMIPUTERA (PKK) dan WAJIB membawa SATU SALINAN bagi setiap Sijil-sijil tersebut semasa membeli dokumen tender. Petender dinasihatkan untuk membaca dengan teliti Senarai Semak dan Perakuan Tender di dalam Dokumen

Tender dan memahami kehendak Dokumen Tender sebelum mengemukakan Dokumen Tender. 

 

 

7. Dokumen Tawaran Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat:-

 

BAHAGIAN PEROLEHAN 

PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR 

TINGKAT 3, KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM, PERSIARAN TASIK, 40505 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

No. Tel: 03-5525 0300

http://etender.pkns.gov.my 

 

8. Tender yang diterima selepas tarikh dan waktu tutup tidak akan dilayan. Perbadanan tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran lain.