Asklegal

Tender | Services

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja - Maintenance Services and Refresh of F5 Load Balancer


 

Tender adalah dipelawa secara terbuka bagi perolehan seperti berikut:-


 

NO. RUJUKAN PELAWAAN

DOC1915120607


 

KETERANGAN TENDER

Maintenance Services and Refresh of F5 Load Balancer


KOD BIDANG

210102/ 210105 / 210107 / 210201 / 210202 / 210203


TARIKH BUKA

21.08.2019


 

TARIKH TUTUP

11.09.2019


 

1. Tawaran tender bersama maklumat lengkap pelawaan boleh diperoleh atas talian mulai 21.08.2019 (Rabu) sehingga 11.09.2019 (Rabu). Hanya pembekal yang berdaftar dengan sistem e-Procurement KWSP (SAP Ariba Network) boleh menyertai tender ini. 

 

2. Bagi pembekal yang belum berdaftar dengan sistem e-Procurement KWSP, pendaftaran boleh dibuat melalui pautan pendaftaran seperti berikut: http://epf.supplier.ariba.com/ad/selfRegistration. Tuan/puan boleh menghubungi KWSP melalui emel procurement@epf.gov.my atau hubungi talian 03-26162005 untuk sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran. 

 

3. Pembekal hendaklah mempunyai Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (KKM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Borang 24 yang masih sah tempohnya semasa membuat pendaftaran secara online untuk tender ini. Pelawaan tender tidak akan ditawarkan sekiranya pembekal gagal mengemukakan dokumen lengkap dan terkini sewaktu membuat pendaftaran. 

 

4. Kegagalan pembekal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan akan menyebabkan penyertaan perolehan TERBATAL dengan sendirinya. 

 

5. Modal berbayar pembekal bagi tender ini mestilah tidak kurang daripada RM552,000.00. 

 

6. Tawaran dan dokumen perolehan yang telah lengkap dikunci masuk dan dilampirkan hendaklah dihantar melalui sistem e-Procurement KWSP tidak lewat dari jam 12:00 tengah hari pada 11.09.2019 (Rabu). 

 

7. KWSP tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran tender yang terendah dan tidak akan bertanggungjawab memberi sebarang alasan atas penolakan tender dan juga tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini.