Asklegal

Tender | Installation Tender | Services Tender | Government

MARDI - Installation & Upgrade Services of Electricity Supplies


Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berkelayakan dan berpengalaman serta berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Bahagian Pembangunan Kontraktor Dan Usahawan (BPKU) dahulu dikenali sebagai Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), dalam bidang yang tersebut di bawah dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut:


NO. TENDER/JENIS KERJA

 

MDI/PK/KW/476-TK001/2019

 

 

CADANGAN PEMASANGAN DAN  PENAMBAHBAIKAN SUMBER BEKALAN ELEKTRIK DI KAWASAN 

KRITIKAL MAEPS SERTA LAIN - LAIN KERJA BERKAITAN BAGI CADANGAN  PENAMBAHBAIKAN 

INFRASTRUKTUR MAEPS, IBU PEJABAT MARDI, SERDANG,SELANGOR


BIDANG PENDAFTARAN/HARGA DOKUMEN 

 

 Syarat-Syarat

i. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) Gred G4/G5/G6/G7 

- Kategori ME- Pengkhususan E04, E05, E17 dan E18

Optional : E26 dan 27 Oleh CIDB; dan  

 

ii. Sifil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) Oleh CIDB; dan 

iii. Sijil Tarat Bumiputera (STB) Oleh BPKU 

 

Harga Jualan Dokumen : RM350.00  

 

Taklimat dan Lawatan Tapak (Wajib Hadir) 

 

Hanya penama yang dinamakan dalam sijil PPK dan sijil SPKK SELANGOR

sahaja yang boleh menghadiri taklimat dan lawatan tapak. Kontraktor tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam sijil PPK dan sijil SPKK. 

 

Tarikh : 27 Ogos 2019 (Selasa)

 Masa : 10.30 Pagi 

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Program Pengurusan Fizikal Dan Utiliti, Pusat Pembangunan Dan Pengurusan Harta (Blok D4, Ibu Pejabat MARDI, Persiaran

MARDI - UPM, 43400 Serdang, Selangor. 


Dokumen tender mulai dijual pada 27 Ogos 2019 sehingga 18 September 2019 dan boleh diperolehi dengan harga di atas dalam bentuk wang tunai wang pos bank draf atas nama Ketua Pengarah MARDI (Cek persendirian syarikat tidak diterima) semasa 'waktu pejabat bermula 8.30 pagi sehingga 4.30 petang di Pusat Pengurusan Kewangan, Ibu Pejabat MARDI, Serdang, Selangor (Tel: 03-8953708377078) dengan membawa Sijil Pendaftaran Asal Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Bahagian Pembangunan Kontraktor Dan Usahawan (BPKU) dan Salinan Sijil-sijil berkenaan (yang tidak dikembalikan). Kegagalan berbuat demikian menyebabkan dokumen tender tidak akan dikeluarkan.

 

Dokumen tender yang telah sempurna diisi dan ditandatangani hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeterai dan ditulis nombor rujukan tender di penjuru sebelah kiri sampul berkenaan, Dokumen ini hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender di Pusat Pengurusan Kewangan, Ibu Pejabat MARDI, Persiaran MARDI-UPM, 43400 Serdang, Selangor dan dokumen yang diposkan dengan menggunakan alamat di atas hendaklah sampai selewatlewatnya pada atau sebelum 18 September 2019 jam 12.00 tengah hari.

 

MARDI tidak bertanggungjawab di atas kelewatan dokumen tender yang diposkan dan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran yang dikemukakan. 

 

Iklan tender juga boleh didapati melalui laman web MARDI www.mardi.gov.my dan laman web ePerolehan www.eperolehan.gov.my.