Asklegal

Tender | Maintenance Tender | Services

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan  - Various Medical & Lab Equipment Services


TARIKH IKLAN: 19 OGOS 2019 

Tender ini adalah dipelawa kepada kontraktor/syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang bekalan/ perkhidmatan serta syarat seperti di bawah :-

 


TAJUK TENDER / BUTIR-BUTIR TENDER 

 

TAJUK TENDER: 

 

Tender Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) Untuk Tempoh Tiga (3) Tahun Di Makmal Kesihatan Awam Perol, Kota Bharu, Kelantan


BUTIR-BUTIR TENDER: 

No. Tender:

JKNK/T/18/2019

 

Merangkumi kesemua Lima (5) skop perkhidmatan bagi tempoh tiga (3) tahun seperti berikut:


KOD BIDANG/ SYARAT


TAJUK TENDER / BUTIR-BUTIR TENDER 

i) Penyelenggaraan Perabot, Alat Kelengkapan Pejabat Dan Bangunan Makmal 


KOD BIDANG/ SYARAT

220201 dan 220202


TAJUK TENDER / BUTIR-BUTIR TENDER 

ii) Penyelenggaraan  Kejuruteraan Fasiliti / Facility Engineering Maintenance Services (FEMS)

 


KOD BIDANG/ SYARAT

 

220301, 220401, 220503 dan 220602


TAJUK TENDER / BUTIR-BUTIR TENDER 

iii) Pembersihan / Cleansing Services (CLS) 


KOD BIDANG/ SYARAT

220201 dan 220202


TAJUK TENDER / BUTIR-BUTIR TENDER 

iv) Perkhidmatan Penyelenggaraan Kejuruteraan Biomedikal / Biomedical Engineering Maintenance Services (BEMS)


 

KOD BIDANG/ SYARAT

220601


TAJUK TENDER / BUTIR-BUTIR TENDER 

v) Pengurusan Sisa Kesihatan /Health Care Waste Management Services (HWMS)


KOD BIDANG/ SYARAT

Mematuhi Keperluan Jabatan Alam Sekitar Dan Garis Panduan Healthcare Waste, KKM


TARIKH/MASA TEMPAT TAKLIMAT (KEHADIRAN TAKLIMAT/LAWATAN TAPAK ADALAH DIWAJIBKAN)

 

Tarikh : 22.08.2019

(KHAMIS) Masa : 10.30 Pagi

 

Tempat : Bilik Mesyuarat Makmal Kesihatan Awam, Perol Lot 522, KM 10, Jln. Kuala Krai, 16010 Kota Bharu, Kelantan 

 

HANYA PENAMA di Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, Kementerian Kewangan Malaysia sahaja yang boleh menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat tender. Kontraktor / syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, Kementerian Kewangan Malaysia.


TEMPAT DAN TARIKH   DOKUMEN TENDER DIBELI 

 

Dokumen tender boleh dibeli selepas taklimat dan lawatan tapak di: 

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan 

Tingkat 10, Wisma Persekutuan Jalan Bayam 15590 Kota Bharu 

 

Pada waktu-waktu pejabat seperti berikut:

Ahad - Rabu 

8.00 pagi - 1.00 petang 

2.00 petang -5.00 petang

 

Khamis 

8.00 pagi - 1.00 petang 

2.00 petang -3.30 petang


 

TARIKH  TENDER  DITUTUP 

 

17.09.2019 pada jam 12.00 tengah hari


 

Sila bawa Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, Kementerian Kewangan Malaysia berserta dengan salinan fotostat (tidak dikembalikan) pada hari taklimat dan lawatan tapak serta semasa pembelian dokumen tender. 

 

Dokumen tender boleh dibeli dengan harga RM500.00 senaskhah (2 set) selepas sesi taklimat dan lawatan tapak. Kontraktor/syarikat yang menghadiri taklimat dan lawatan tapak sahaja dibenarkan membeli dokumen tender. Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dalam bentuk BANK DRAF ATAU_WANG POS ATAU MONEY ORDER atas nama Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan. 

 

Dokumen tender yang lengkap hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 17.09.2019 pada jam 12.00 tengah hari. Semua dokumen tender hendaklah dimasukkan ke dalam sampul berlakri dengan menulis Tajuk Tender dan Nombor Tender dan dimasukkan ke dalam peti tender dan dialamatkan kepada:

 

 

Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, 

Tingkat 10, Wisma Persekutuan, Jalan Bayam,

15590 Kota Bharu, Kelantan. 

 

 

Dokumen tender yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan tidak bertanggungjawab di atas sebarang kelewatan penghantaran dokumen tender melalui pos laju / courier.