Asklegal

Tender | Maintenance Tender | Services

Jabatan Kerja Raya - 2 Unit Elevator Replacement Works


Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut :-

 


 

Pejabat yang memanggil tawaran

JKR Caw. Kejuruteraan Mekanikal, JKR Terengganu

 


 

 

Tajuk Projek (Pembiayaan)

Kerja-Kerja Penggantian 2 Unit Lif Di Bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu, Terengganu


 

Taraf/Jenis Syarikat

Bumiputera/  T1 (Syarikat 100% milik tempatan)


 

Gred, Kategori & Taraf / Pengkhususan/Kelas, Tajuk & Tajuk Kecil/Kelas, Kepala &  Sub kepala

 

Mempunyai pendaftaran seperti  berikut

 

i) Lembaga Pembangunan   Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

 

Gred: G3 hingga G7 Kategori : ME  Pengkhususan : M03 


 

Tempat dan Tarikh Dokumen Mulai Dijual 

 

 Bahagian Kontrak & Ukur  Bahan, JKR Terengganu, Tingkat 10, Wisma Negeri, K. Terengganu

 

 Dari  27/8 / 2019 (Selasa) Hingga 17/9/2019, (Selasa)

 


Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

 

RM50.00 CD TENDER

 

 Pengarah Kerja Raya negeri terengganu


 

Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

Bahagian Kontrak & Ukur  Bahan, JKR Terengganu, Tingkat 10, Wisma Negeri, K. Terengganu

23/09/2019 (Isnin)  

12.00 t/hari. 


 

Taklimat projek dan lawatan tapak adalah diwajibkan pada 27hb Ogos 2019 (Selasa), jam 10.00 pagi, berkumpul di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Terengganu.

Sila berhubung dengan JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil, 21100 Kuala Terengganu jika ada sebarang pertanyaan.


 

Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ. 

 

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat. 

 

 

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kirintan wang/wang pos di atas Ketua Akauntan Pengarah Kerja Raya Negeri. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, Wakil Kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan).

 

 * Jenis Syarikat tempatan : 

T1 - Syarikat 100% milik tempatan.

A1 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara. 

A2 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.