Asklegal

Tender | Construction

Majlis Amanah Rakyat - Development Of Mini Halal HUB & IKS Marketing Industry


 


1. Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor Bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan didaftarkan dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) / CIDB dalam kategori dan pengkhususan yang berkaitan bagi melaksanakan kerja-kerja berikut :-

 

TENDER KALI KEDUA CADANGAN PEMBANGUNAN MINI HALAL HUB UNTUK PEMGUMPULAN , PEMPROSESAN DAN PEMASARAN INDUSTRI IKS SEBAGAI PEOPLE ECONOMY PROJECT DI DALAM PARLIMEN PARIT SULONG,JOHOR DARUL TAKZIM

 


NO TENDER

45/2019


TARIKH, MASA & TEMPAT TAKLIMAT TAPAK

 

21/08/2019 11.30 PAGI BILIK MESYUARAT MRSM BATU PAHAT, JOHOR


ТЕМРОН  PENJUALAN TENDER

22/08/2019 Hingga 04/09/2019


LPIPM

Gred : G7

Kategori: B

Pengkhususan: B04


 

HARGA SENASKAH DOKUMEN

RM948.80


TARIKH TUTUP TENDER

11/09/2019 (Sebelum 12.00 tengah hari)


*Sila bawa cop syarikat semasa menghadiri taklimat tender


 

2. Kontraktor hendaklah mengemukakan sijil-sijil berikut yang masih sah tempohnya untuk semakan sebelum dibenarkan mengambil dokumen :

i. Sijil Asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK) yang dikeluarkan oleh CIDB 

ii. Sijil Asal Perolehan Kerja kerajaan (SPKK) yang dikeluarkan oleh CIDB 

iii. Sijil Asal Taraf Bumiputera (STB) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor Dan Usahawan (BPKU) 

 

Satu (1) salinan fotostat Sijil-sijil Asal bagi dokumen di atas (tidak dikembalikan) hendaklah dikemukakan untuk simpanan MARA semasa hendak membeli dokumen. MARA berhak menolak permohonan yang pada tanggapan MARA tidak layak. 

 

3. Bayaran dokumen tender boleh dibuat secara DRAF BANK atas nama MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA). Wang ini tidak akan dikembalikan. Satu (1) kontraktor hanya dibenarkan membeli satu (1) dokumen tender bagi setiap tender dan mengemukakan satu (1) tawaran tender sahaja.

 

4. Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat (8.30 pagi - 1.00 ptg, 2.00ptg - 4.30 petang) di alamat seperti di bawah. Dokumen tawaran tidak akan dijual selepas tempoh ini.

 

5. Kontraktor yang berminat DIWAJIBKAN menghadiri taklimat tender seperti alamat di atas, Wakil syarikat adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menghadiri taklimat tender dan membeli dokumen. Hanya PEMILIK SYARIKAT / PENAMA yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak dan pengambilan dokumen dengan mengemukakan KAD PENGENALAN dan SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA / CIDB untuk pengesahan. Tawaran dianggap sebagai tidak sah jika pengesahan lawatan tapak dan taklimat tender tidak ditandatangani oleh Pegawai Penguasa yang dilantik oleh MARA semasa menghadiri taklimat tender.

 

6. Semua kos berkaitan dengan Tawaran Kerja di atas adalah menjadi tanggungjawab kontraktor.

 

7. MARA tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah atau sebarang tawaran. MARA berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.

 

8. Dokumen tender yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Tender dan Tajuk Kerja di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender seperti alamat di bawah:

 

PENGARAH 

BAHAGIAN PENGURUSAN ASET & PEROLEHAN 

TINGKAT 2 (KAUNTER TENDER) LOT 3.15, IBU PEJABAT MARA,

21, JALAN MARA, 50609 KUALA LUMPUR

 

Pada atau sebelum tarikh tutup tender jam 12.00 tengah hari.

 

9. Dokumen tender yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tender tidak akan diterima dan ditolak. Maklumat ringkas tawaran di atas boleh dilayari di http://www.mara.gov.my