Asklegal

Tender | Supply

Medivest Sdn Bhd - Supply of Healthcare Linen



Tajuk Tender

Supply of Healthcare Linen

 

Tender No. : MSB/TC/LLS/19/016

 


Keperluan Mandatori

 

  • Menghadiri taklimat tender
  • Laporan Ujian SIRIM untuk setiap linen yang ditawarkan

Sesi Taklimat Tender

20hb Ogos 2019, Selasa, 10.00 pagi


Tarikh Jual Dokumen Tender

20hb Ogos 2019, Selasa, 11.00 pagi


Tarikh Tutup Tender

30hb Ogos 2019, Jumaat, 12.00 tengahari

 


1. Medivest Sdn Bhd (224192-H) mempelawa syarikat-syarikat yang berwibawa untuk turut serta dalam tender di atas.

 

2. Bayaran bagi Dokumen Tender hendaklah dibuat dalam bentuk Deraf Bank/Kiriman Wang atas nama Medivest Sdn Bhd sebanyak RM 500.00 sahaja (Ringgit Malaysia: Lima Ratus). Bayaran ini tidak akan dikembalikan dan pembayaran secara tunai atau cek syarikat tidak diterima. Syarikat perlu mengemukakan salinan Sijil Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan

oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) semasa membuat pembelian.

 

3. Syarikat yang berminat DIWAJIBKAN untuk menghadiri SESI TAKLIMAT TENDER pada masa dan tarikh yang tertera di atas di Medivest Sdn Bhd, Tingkat 6, Wisma E&C, No. 2 Lorong Dungun Kiri, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur.

 

4. Penyertaan tender TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN, sekiranya GAGAL hadir pada SESI TAKLIMAT TENDER di atas.

 

5. Dokumen bida yang lengkap hendaklah dihantar secara terus ke Jabatan Perolehan & Rantaian Bekalan, Medivest Sdn Bhd, Tingkat 6, Wisma E&C, No. 2, Lorong Dungun Kiri, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur sebelum atau pada jam dan Tarikh Tutup Tender di atas.

 

6. Dokumen bida yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tender tidak akan diterima.

 

7. Sebarang pertanyaan tender boleh dibuat melalui email: psc@medivest.com.my