Asklegal

Tender | Supply Tender | Delivery

KESEDAR Perkilangan Sdn. Bhd - Supply and Delivery of Fertilizers to Farms


Tawaran adalah dipelawa daripada Syarikat-Syarikat/Pembekal-Pembekal yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA serta berdaftar dengan KESEDAR PERKILANGAN SDN. BHD. (KPSB) dibenarkan membuat tawaran di dalam perkhidmatan bekalan yang berkaitan sebagaimana berikut:-

 


Bil 1 

 

Tawaran

KPSB.ECER (TB)-01/19

 


Jenis Kerja Dan Lokasi

Membekal dan Menghantar Baja Ke Ladang-Ladang KESEDAR (Projek Agropolitan Kelantan Selatan) Rantau Manis, Gua Musang, Kelantan, seperti berikut:

 

i.CIRP - 246MT

ii. SOA - 491MT

iii. MOP - 392MT 

iv. KIESERITE- 254MT


Tempat Dan Tarikh (Lawatan Tapak diwajibkan)

 

Taklimat Projek Di Ibu Pejabat KPSB, Gua Musang.Kelantan

 

 (DIWAJIBKAN)

 

 19 Ogos 2019 - Isnin

 

 Jam: 11.00 Pagi


 

Taraf Dan Kelayakan 

 

TERBUKA

 

 

Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia Kod Bidang

070101/ 070102 dan KPSB


Harga Dokumen Tender

RM500.00 (Tidak dikembalikan)


Deposit Tender (Wajib)

RM5,000.00


 

 

 

 

1.Dokumen Tender boleh dibeli secara TUNAI di Pejabat KESEDAR Perkilangan Sdn. Bhd., PT 9307, Bangunan KPSB, 18300 Gua Musang, Kelantan mulai 18 Ogos 2019 hingga 29 Ogos 2019. Syarikat/Pembekal diwajibkan mengemukakan Sijil Asal (Daftar Syarikat) dan sesalinan sijil-sijil berkaitan semasa hadir ke lawatan tapak. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Encik Adnan Bin Ahmed (Ketua Unit Pentadbiran & Kewangan) atau Puan Pauziah Bt Mat Zain (Perolehan) Telefon No. 09-9120788 (Pejabat) / Faks: 09-9120799. Bagi syarikat/pembekal yang belum berdaftar sebagai Vendor KPSB diminta berbuat demikian terlebih dahulu sebelum layak untuk memasuki tender berkenaan. 

 

 

2.Dokumen Tender yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Sampul Şurat bermeterai (sealed Envelope). Sudut kiri sampul surat hendaklah ditulis No. Tawaran dan seterusnya perlu dimasukkan ke dalam peti Tawaran 'A' (sepertimana alamat di atas) sebelum @ pada 29 Ogos 2019 (Khamis) jam 12.00 tengah hari. Dokumen Tender diserahkan secara "Serahan Tangan" dan Penghantaran menggunakan "Courier/Pos" adalah tidak digalakkan. Tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN 

 

3. KPSB tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tawaran ini dan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau sebarang tawaran.