Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Delivery Tender | Services

Lembaga Pertubuhan Peladang - Personal Computer (Lease To Use) fo 3 yrs


Tawaran adalah dipelawa daripada pembekal yang berkelayakan dan berpengalaman serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi bekalan berikut:

 


BUTIRAN TENDER

 

TENDER LPP(HQ) BIL. 06/2019

MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJIGUNA DAN MENTAULIAH KOMPUTER PERIBADI SECARA SEWA GUNA (LEASE TO USE) SELAMA 3 TAHUN UNTUK LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG.


 

KOD BIDANG PENDAFTARAN 

 

BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA DI BAWAH KOD BIDANG

210101 - HARDWARE (LOW END TECHNOLOGY SUPPLY ALL TYPES OF COMPUTER HARDWARE INCLUDING PC, NOTEBOOK, PRINTER, DOCUMENT SCANNER, PERIPHERALS DAN MAINTENANCE

DAN

210109 - HARDWARE AND SOFTWARE LEASING /RENTING


HARGA DOKUMEN

RM 50.00


TAKLIMAT ТАРАК

 

TARIKH: 19 OGOS 2019 (ISNIN)   MASA: 10.00 PAGI   

 

TEMPAT: AUDITORIUM TUN AHMAD SARJI, TINGKAT 2, MENARA LPP NO.20, JALAN SULTAN SALAHUDDIN, 50480 KUALA LUMPUR


TARIKH TUTUP

10 SEPTEMBER 2019 (SELASA)


 

Pembekal yang berminat DIWAJIBKAN menghadiri taklimat tender seperti tarikh dan alamat di atas. Pembekal yang tidak hadir taklimat tidak akan dipertimbangkan dan semua surat menyurat berkaitan dengannya tidak akan dilayan. Wakil Syarikat TIDAK DIBENARKAN untuk menghadiri taklimat tender dan membeli dokumen. Hanya Pemilik Syarikat / Penama yang dibenarkan menghadiri taklimat tapak dan pengambilan dokumen dengan mengemukakan SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA untuk pengesahan.


Dokumen tender boleh dibeli di alamat berikut pada waktu pejabat jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang mulai

19 OGOS 2019 (ISNIN) hingga 10 SEPTEMBER 2019 (SELASA).

 

LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG 

CAWANGAN PEROLEHAN, BAHAGIAN KEWANGAN, ARAS 88, MENARA LPP, 

NO. 20, JALAN SULTAN SALAHUDDIN, 50480 KUALA LUMPUR.

(Tel: 03-2810 9600)


 

Bayaran hendaklah dibuat dengan Cek dan Bank Draf sahaja atas nama LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG. Wang ini tidak akan dikembalikan. 

Dokumen tender yang telah sempurna hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat berlakri yang mengandungi dokumen Set A (Tawaran Harga) dan Set B (Tawaran Teknikal) serta dicatatkan nombor tender di sudut kiri atas sampol surat tersebut Dokumen tender tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti tender di alamat seperti dinyatakan di atas sebelum atau pada tarikh tutup yang dinyatakan di atas Jam 12.00 tengah hari. Tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa tender ditutup akan ditolak. 

Lembaga Pertubuhan Peladang tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran.