Asklegal

Tender | Services

Cyberview Sdn Bhd - E-Sourcing Development System


PEMBANGUNAN SISTEM "E-SOURCING” UNTUK CYBERVIEW SDN BHD

 

Cyberview Sdn Bhd (405553-T), syarikat majoriti milikan Kementerian Kewangan Malaysia, mempelawa pembangun perisian yang berpengalaman dan berkelayakan untuk menyertai tender bagi projek di atas.

 

Berikut adalah butiran projek dan kriteria-kriteria yang diperlukan:


 

PROJEK/PROGRAM

 

Pembangunan sistem e-sourcing


KRITERIA

 

  • Mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia ("SSM”).
  • Memiliki pengalaman pembangunan, pelaksanaan penyelenggaraan sistem.

TARIKH TUTUP TENDER

12.00 Tengahari 30 Ogos 2019


 

 

1. Petender yang berminat diwajibkan menghadiri taklimat yang akan diadakan seperti berikut:


TARIKH

 

Isnin 19 Ogos 2019

 

*sila bawa bersama salinan dokumen pendaftaran syarikat untuk sesi taklimat

 


MASA 

3.00 Petang


 

TEMPAT 

Dewan Meet Up 

CYBERVIEW SDN BHD 

Blok 3750, Persiaran APEC, Cyber 8, 63000 Cyberjaya,

Selangor Darul Ehsan. 

Tel: 03-8315 61111 


 

 

2. Petender diminta mengesahkan kehadiran (terhad kepada 2 orang wakil sahaja) melalui emel kepada Setiausaha Tender di procurement@cyberview.com.my selewat-lewatnya pada jam 5.00 petang, 16 Ogos 2019. 

 

3. Dokumen tender boleh dibeli pada harga RM100.00 secara TUNAI sahaja bermula pada 19 Ogos 2019 hingga 29 Ogos 2019 di pejabat Cyberview semasa waktu pejabat:(9.00 pagi - 6.00 petang). Hanya petender yang menghadiri taklimat tersebut sahaja yang layak untuk membeli dokumen tender.

 

4. Segala perbelanjaan yang berkaitan dengan penyediaan dan penyerahan dokumen tender ini adalah di atas tanggungan petender yang menyertai pelawaan ini.

 


Iklan ini boleh dicapai di www.cyberview.com.my