Asklegal

Tender | Services Tender | Government

Majlis Bandaraya Pulau Pinang - Upgrade and Maintenance Of CCTV System


1. Pra Kelayakan Tender/ Tender adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) / Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam gred yang berkenaan yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan masih dibenarkan untuk menyertai tender seperti berikut:-

 


TAJUK

Tender Menaiktaraf Dan Menyelenggara Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) Fasa 2 Untuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Tahun 2019 

 


KELAYAKAN 

KKM;  210102 dan 210103 dan 1210104 dan 210105  (Petender diwajibkan menghadiri penjelasan sebelum membeli dokumen tender) 


 

Taklimat: 20.8.2019 (Selasa), Jam : 10.00 pagi 

Tempat : Bilik Mesyuarat, Bilik Kawalan CCTV MBPP, Paras 4, KOMTAR, Pulau Pinang


Harga Dokumen : RM50.00 senaskah 


Tarikh Tutup : 10.9.2019 (Selasa), Jam : 12.00 tengahari


 

PERKARA

Kajian Pelan  Induk Daya Saing Bandar (Pulau Pinang) 


KELAYAKAN

KKM: 330206 atau 340103  

(Petender diwajibkan menghadiri sesi  taklimat sebelum membeli dokumen  tender. Wakil diwajibkan membawa surat kebenaran daripada syarikat untuk menyertai taklimat) 

 


Taklimat: 19.8.2019 (Isnin), Jam : 3.30 - 4.30 petang

[Waktu pendaftaran mulai 2.30 - 3.30 petang]

Tempat : Bilik Mesyuarat Jabatan Perancangan Pembangunan, Tingkat 16, KOMTAR, Pulau Pinang


Harga Dokumen : RM50.00 senaskah 


Tarikh Tutup : 10.9.2019 (Selasa) Jam : 12.00 tengahari


 

2. Syarikat juga perlu berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web ep.penang.gov.my untuk membeli dokumen secara sah bagi menyertai tender, Dokumen Tender hanya dijual secara 'on-line' melalui laman web tersebut dan perlu dibeli serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.

 

3. Dokumen tender yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender yang terletak di bersebelahan kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada tender tidak akan diberi kepada tender yang lewat diterima.

 

4. Maklumat lanjut mengenai tender di atas boleh diperolehi melalui laman web ep.penang.gov.my atau http://www.mbpp.gov.my.