Asklegal

Tender | Supply Tender | Services

Dewan Bahasa dan Pustaka -Textbook Distribution Services Contract


Syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang 010102 - Bahan Bacaan masih sah, berkuat kuasa serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini dipelawa untuk menyertai tender yang berikut:


No. Tender

DBP/04/2019


Tajuk Tender

Kontrak Perkhidmatan Pengedaran Buku Teks Skim Pinjaman Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka


Kod Bidang Pendaftaran

010102 Bahan Bacaan


 

Tarikh, Masa dan Tempat Taklimat

Tarikh : 15 Ogos 2019 (Khamis) 

Masa : 11.00 pagi Tempat : Dewan Stor Teater, Wisma DBP, Jalan Dewan Bahasa,50460 Kuala Lumpur. 

 

Kehadiran DIWAJIBKAN. 

 

Ketidak hadiran atau kelewatan ke sesi taklimat boleh dianggap sebagai tidak berminat untuk menyertai tender ini.


 

Dokumen Tender boleh diperoleh pada waktu pejabat mulai 15 Ogos 2019 di Bahagian Kewangan dan Bekalan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 27, Menara DBP, Jalan, Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur dengan harga RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja) senaskhah, dan hendaklah dibayar dalam bentuk wang tunai. Syarikat perlu menunjukkan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempoh pendaftaran, dan menyerahkan satu salinan sijil berkenaan semasa membeli Dokumen Tender. Dokumen Tender yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan dialamatkan kepada:

 

Bahagian Kewangan dan Bekalan, 

Dewan Bahasa dan Pustaka,

Aras 27, Menara DBP,

Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. 

 

Tarikh dan masa tutup tender pada 4 September 2019 (Rabu) dan tidak lewat dari pukul 12.00 tengah hari. Dokumen Tender yang lewat dari tarikh dan masa ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Dewan Bahasa dan Pustaka tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tender.