Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Delivery Tender | Services

Universiti Teknologi MARA - Functions Of Network System Services


Tawaran adalah dipelawa daripada kalangan syarikat-syarikat yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA di dalam bidang seperti di bawah yang pendaftarannya masih berkuatkuasa bagi menjalankan Perkhidmatan seperti berikut:-

 


BUTIR-BUTIR TAWARAN

 

No. Tender: UITM/B1/PER/T/B/0719/0025

 

CADANGAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENGUJILARI PERKAKASAN SISTEM RANGKAIAN BAGI ZON SELATAN (MELAKA DAN  JOHOR) - UITM KAMPUS ALOR GAJAH, UITM KAMPUS JASIN DAN UITM KAMPUS SEGAMAT

 

Kod Bidang (wajib) : 210105


TARIKH/MASA /TEMPAT

 

Tarikh/Masa Taklimat 

14/08/2019 jam 10.00 Pagi 

 

Tempat Taklimat: 

Bilik Latihan 1, Pejabat Bendahari, 

Bahagian Pengurusan Perolehan, 

UiTM Shah Alam


BUTIR-BUTIR TAWARAN

 

No.Tender: UITM/B1/PER/T/B/0719/0026

 

CADANGAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG,  DAN MENGUJILARI PERKAKASAN RANGKALAN BAGI MENAIKTARAF SISTEM RANGKAIAN UITM SHAH ALAM

 

Kod Bidang (wajib) : 210105


 

TARIKH/MASA /TEMPAT

 

Tarikh/Masa Taklimat 

14/08/2019 jam 11.00 Pagi 

 

 

Tempat Taklimat: 

Bilik Latihan 1, Pejabat Bendahari, 

Bahagian Pengurusan Perolehan, 

UiTM Shah Alam

 

Tarikh/Masa Taklimat 14/08/2019 jam 02.30 petang

 

Tempat Lawatan Tapak: Dataran Fakulti Kejuruteraan Elektrik,

Tingkat 3, UiTM Shah Alam


 

 

1.Tawaran ini dibuat secara atas talian (online) melalui laman web FineProcurement Plus Universiti (https://myfinancial.uitm.edu.my/) mulai

07/08/2019. 

 

2.Syarikat yang berminat adalah DIWAJIBKAN menghadiri Taklimat dan Lawatan Tapak. Hanya Petender yang menghadiri Taklimat dan Lawatan Tapak sahaja yang dibenarkan menyertai tawaran ini. Kontraktor yang TIBA LEWAT dari masa yang telah ditetapkan untuk sesi Taklimat / Lawatan Tapak akan dikenakan tindakan seperti berikut : 

I. Tidak dibenarkan menyertai Taklimat dan Lawatan Tapak. 

II. Tidak akan diberikan Borang Pengesahan Lawatan Tapak yang telah ditandatangani oleh Pegawai Jabatan ini. 

III. Tidak dibenarkan menyertai Tawaran Tender yang dibuka ini dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan. 

 

3. Hanya penama di Sijil Akuan Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) sahaja yang boleh menghadiri Taklimat Lawatan Tapak tender. Syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada pertama di dalam sijil yang dinyatakan. 

 

4. Petender dikehendaki membawa SALINAN Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan dan Sijil Bumiputera (jika ada) semasa menghadiri Taklimat. 

 

5. Tawaran yang lengkap hendaklah dikunci masuk (key-in) ke dalam sistem FineProcurement Plus pada atau sebelum 04 September 2019 (Rabu) jam 12:00 petang. Tawaran yang tidak dikunci masuk (key-in) sebelum waktu tutup tawaran TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN. 

 

6. Dokumen sokongan secara manual hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan dimasukkan ke Peti Tender di Pejabat Bendahari, Jabatan Pengurusan Perolehan & Aset, Unit Panggilan Tender & Sebutharga, Universiti Teknologi MARA,40450 Shah Alam, Selangor seperti tarikh dan masa dinyatakan. Nombor ID hendaklah ditulis dengan terang dan jelas di bahagian atas sebelah kiri sampul tersebut. 

 

7. Syarikat yang berminat hendaklah berdaftar di sistem FinEProcurement Plus dan bayaran sebanyak RM400.00 akan dikenakan bagi tempoh pendaftaran selama dua (2) tahun. Bayaran boleh dibuat menggunakan Wang Tunai/ Deraf Bank atas nama BENDAHARI UITM.