Asklegal

Tender | Supply Tender | Delivery

Perbadanan  Perpustakaan Awam Melaka - Supply & Delivery Of Reading Materials


 

1. Tawaran adalah dipelawa kepada Syarikat/Kontraktor yang berdaftar

dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya. dalam kod bidang Bahan Bacaan (010102) serta mempunyai pengalaman dan berkelayakan bagi menyertai tawaran berikut:-


NO.TAWARAN

TPB 1/2019


JENIS KERJA DAN LOKASI

 Membekal Dan Menghantar  Bahan Bacaan (Buku) Kepada Perbadanan  Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)  Bagi Tahun   2019


TEMPAT DAN TARIKH TAKLIMAT ( WAJIB)

Tempat:

Dewan Lekir,Aras Bawah, Perbadanan Perpustakaan, Awam Melaka 242-1, Jalan Bukit 

Baru,75150 Melaka.  

Tarikh: 20 Ogos 2019 (Selasa)

Masa: 11.00 Pagi

 

HARGA DOKUMEN

RM 100.00 Tidak  Dikembalikan 


 

 2. Syarikat Kontraktor hendaklah mengemukakan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia asal atau salinan yang telah disahkan dalam kod bidang 010102 yang masih sah tempoh untuk semakan sebelum dibenarkan menghadiri taklimat. 

 

3. Penyertaan taklimat adalah diwajibkan. Dokumen tawaran boleh dibeli oleh Syarikat/Kontraktor bermula pada hari taklimat di Bahagian Khidmat Pengurusan, Aras 3, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka, 242-1, Jalan Bukit Baru, 75150 Melaka. Bayaran pembelian dokumen tawaran hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang atau Draf Bank atas nama Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka. 

 

4. Dokumen tawaran yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri serta bertulis TPB 1/2019: Membekal dan Menghantar Bahan Bacaan (Buku) kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) bagi Tahun 2019 dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender di Aras 3, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka, 242-1, Jalan Bukit Baru, 75150 Melaka sebelum tarikh tutup pada 10 September 2019 (Selasa) jam 12.00 tengah hari. Tawaran yang lewat diterima akan ditolak dan rayuan tidak akan dipertimbangkan. Kenyataan ini juga terdapat dalam Laman Web Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) iaitu http:// www.perpustam.gov.my dan MyGovernment Portal (www.malaysia. gov.my)