Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Delivery Tender | Services

Universiti Malaysia Sarawak - Introducing Laboratory Equipment to the Department of Civil Engineering


Tender adalah dipelawa kepada Pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) / Perbendaharaan Malaysia Sarawak / Sabah (PMS) yang berkelayakan dan berpengalaman untuk memasuki tender bagi bekalan berikut :-


 

 

BUTIRAN TAWARAN

UNIMAS/T(8)/2019(19)

Membekal, Menghantar,  Memasang, Menguji dan Menugasmula Peralatan Makmal ke Makmal Jabatan Kejuruteraan Sivil, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan


 

SIJIL/BIDANG

 

Kementerian Kewangan Malaysia/ Perbendaharaan Malaysia Sarawak/Sabah 

 

130101 Mesin dan Kelengkapan Bengkel


HARGA DOKUMEN/TEMPOH JUALAN

 

RM 100.00 Senaskah 

 

6 Ogos 2019 (Selasa)   Hingga 22 Ogos 2019 (Khamis) 


 

TARIKH TUTUP /PETI TENDER  

 

 27 Ogos 2019   (Selasa) 12.00 t/hari  Peti Tender  No. 1 


 

 

1. Dokumen Meja Tender boleh disemak dan Dokumen Tender boleh didapati daripada Unit Perolehan, Pejabat Bendahari, Aras 1, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan dengan bayaran secara tunai, draf bank, wang pos/kiriman wang yang dibuat atas nama 'UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK,Pembekal dikehendaki menunjukkan salinan asal SIJIL PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN 

 

 

2. MALAYSIA (KKM) / PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK/SABAH (PMS) (mana yang berkaitan) yang masih sah tempohnya dan menyerahkan satu salinan (fotostat) sijil-sijil tersebut beserta cop rasmi syarikat semasa membeli Dokumen Tender.

 

3. Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan di dalam sampul dan ditulis di sebelah atas kanan sampul No. Tender dan butiran tawaran dan dialamatkan kepada NAIB CANSELOR, UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK, PEJABAT BENDAHARI (UNIT PEROLEHAN), ARAS 1, BANGUNAN CANSELORI, JALAN DATUK MOHD MUSA, 94300 KOTA SAMARAHAN, SARAWAK. Dokumen tender hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender yang ditetapkan.

 

4. Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Pihak UNIMAS tidak terikat untuk menerima tawaran Tender yang terendah atau sebarang Tender. Semua kos pengangkutan yang berkaitan dengan pembelian dan penghantaran dokumen tender ini adalah menjadi tanggungjawab Pembekal.

 

KENYATAAN TENDER INI BOLEH DILAYARI DI LAMAN WEB - www.unimas.my