Asklegal

Tender | Construction Tender | Government

Majlis Bandaraya Pulau Pinang - Proposed Transit Center Project


1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam gred yang berkenaan yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan masih dibenarkan untuk menyertai tender seperti berikut:-


TAJUK

Cadangan Projek Pusat Transit Gelandangan  DI No. 19, Jalan C.Y. Choy, George Town, Pulau Pinang


KELAYAKAN 

CIDB:, Gred G5 - B04 


Tarikh Penjelasan Tapak: 19.08.2019 (Isnin), Jam: 11.30 pagi (Pendaftaran: 11.00 - 11.30 pagi) Tempat: Premis No. 17, Jalan C.Y. Choy, George Town,Pulau Pinang


Harga Dokumen : RM1,500.00 senaskah


Tarikh Tutup: 10.09.2019 (Selasa), Jam 12:00 tengahari


 

2. Kontraktor diwajibkan menghadiri penjelasan tapak sebelum membeli dokumen tender. Wakil diwajibkan membawa surat kebenaran daripada syarikat untuk menyertai penjelasan tapak. Syarikat juga perlu berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web ep.penang.gov.my untuk membeli dokumen secara sah bagi menyertai tender. Dokumen tender dijual secara on-line' melalui laman web tersebut dan perlu dibeli serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.

 

3. Dokumen tender yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender yang terletak di bersebelahan kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada tender yang lewat diterima.

 

 

4. Maklumat lanjut mengenai tender di atas boleh diperolehi melalui laman web http://www.mbpp.gov.my