Asklegal

Tender | Construction

Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd - Proposed Infrastructure Works


Tawaran Tender adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang BERDAFTAR dengan CIDB MALAYSIA dalam bidang yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini serta mempunyai pengalaman, keupayaan teknikal dan kewangan yang mencukupi bagi melaksanakan projek tersebut di bawah. Maklumat Tender serta kelayakan asas kontraktor adalah seperti berikut:-


 

Tajuk Projek

Cadangan kerja-kerja Infrastruktur Di Lot 5304-5308, 5400-5410, 5481-5499, 5536-5538, Seksyen 39, Bandar Kulim, Daerah Kulim, Kedah Darul Aman

 

Untuk Tetuan: KULIM TECHNOLOGY PARK CORPORATION S/B


 

Harga Dokumen

 RM300.00 Dalam bentuk draf bank atau wang pos atas nama:

 

KULIM TECHNOLOGY PARK CORPORATION SDN BHD (Bayaran ini tidak akan dikembalikan)


Syarat Kelayakan Menender

 

Kategori · G4 atau G5

 

Pengkhususan CE 21

 

Kontraktor yang beralamat di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis sahaja.


Tempat & Tarikh Dokumen Dijual

 

KULIM TECHNOLOGY PARK CORPORATION SDN BHD SUITE 3.01-3.02,

3rd FLOOR, KHTP BUSINEES CENTRE,

KULIM HI-TECH PARK, 09000 KULIM

KEDAH

 

Tel: 04-4032420 

Faks: 04-4031973

Tarikh: 08 Ogos 2019

Sehingga 15 Ogos 2019


 

Tarikh & Tempat Lawatan Tapak/ Taklimat

 

08 Ogos 2019 Berkumpul di Tkt. 1, KHTP Business Centre, Kulim Hi-Tech Park.

 

Lesen yang sah perlu dibawa bersama semasa Sesi Taklimat & Lawatan Tapak. 

 

Sesi Taklimat & Lawatan Tapak adalah diwajibkan dan hendaklah dihadiri oleh penama seperti di dalam pendaftaran syarikat. (Wakil tidak dibenarkan) 

 

Pendaftaran kehadiran perlu dilakukan sebelum Sesi Taklimat dimulakan


 

Tarikh Tutup Tender

29 Ogos 2019 sebelum Jam

12.00 Tengah hari 

 

Tender yang lewat diterima tidak akan dilayan.


 

2. Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada kontraktor-kontraktor atau wakil-wakilnya yang SAH sahaja dengan membawa "SURAT TAULIAH' yang menunjukkan bahawa mereka diberi kuasa untuk mengambil dokumen bagi pihak syarikat. Kontraktor dikehendaki membawa Sijil Pendaftaran Asal Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang masih sah dan satu salinan bagi Sijil hendaklah dikemukakan semasa hendak membeli Dokumen Tender. Sila ambil perhatian bahawa Dokumen Tender hanya akan dijual kepada kontraktor-kontraktor yang mendaftar semasa sesi Taklimat Tender dan Lawatan Tapak sahaja. 

 

 

3. Dokumen Tender yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dilakri yang ditulis Tajuk Tender berkenaan di penjuru sampul surat berkenaan seterusnya dimasukkan ke dalam peti surat Tender di alamat :

 

KULIM TECHNOLOGY PARK CORPORATION SDN BHD

SUITE 3.01-3.02, 3rd FLOOR KHTP BUSINESS CENTRE, KULIM HI-TECH PARK,

09000 KULIM, KEDAH 

 

Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab di atas kelewatan Dokumen Tender yang diposkan dan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran yang dikemukakan. 

 

• Jenis Syarikat Tempatan 

TI-Syarikat 100% milik tempatan