Asklegal

Tender | Services Tender | Government

KWSP -  Endpoint Client Technology Refresh


Tender adalah dipelawa secara terbuka bagi perolehan seperti berikut:-


NO. RUJUKAN PELAWAAN

Doc1893430719


KETERANGAN TENDER

 Endpoint Client Technology Refresh


KOD BIDANG

KKM-210101, SSM, BORANG 24


TARIKH BUKA

02.08.2019 


TARIKH TUTUP

  23.08.2019


 

 

1. Tawaran Tender bersama maklumat lengkap pelawaan boleh diperoleh atas talian mulai 02.08.2019 (Jumaat) sehingga 23.08.2019 (Jumaat). Hanya pembekal yang berdaftar dengan sistem e-Procurement KWSP (SAP Ariba - Ariba Network) boleh menyertai Tender ini. 

 

2. Bagi pembekal yang belum berdaftar dengan sistem e-Procurement KWSP, pendaftaran boleh dibuat melalui pautan pendaftaran seperti berikut: http://epf.supplier ariba.com/ad/selfRegistration. Tuan/puan boleh menghubungi KWSP. melalui emel procurement@epf.gov.my atau hubungi talian 03-26162005 untuk sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran. 

 

3. Pembekal hendaklah mempunyai Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (KKM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Borang 24 yang masih sah tempohnya semasa membuat pendaftaran secara online untuk Tender ini. Pelawaan Tender tidak akan ditawarkan sekiranya pembekal gagal mengemukakan dokumen lengkap dan terkini sewaktu membuat pendaftaran. 

 

4. Taklimat akan diadakan pada 06.08.2019 (Selasa), jam 11.00 pagi di Bilik 2, Tingkat 25, Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Kegagalan pembekal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan akan menyebabkan penyertaan perolehan TERBATAL dengan sendirinya. 

 

5. Modal berbayar pembekal bagi tender ini mestilah tidak kurang daripada RM2,500,000.00 

 

6. Tawaran dan dokumen perolehan yang telah lengkap dikunci masuk dan dilampirkan hendaklah dihantar melalui sistem e-Procurement KWSP tidak lewat dari jam 12:00 tengah hari pada 23.08.2019 (Jumaat). 

 

7. KWSP tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran Tender yang terendah dan tidak akan bertanggungjawab memberi sebarang alasan atas penolakan Tender dan juga tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan Tender ini.