Asklegal

Tender | Construction

Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang - Suggested Building And Setting Full UTC


 

 

Tender adalah terbuka kepada semua kontraktor tempatan yang berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Memegang Perakuan Pendaftaran dengan Sijil Perolehan Kerja kerajaan ATAU berdaftar. dengan CIDB yang masih sah untuk Gred G7, Kategori B, Pengkhususan B04 untuk menender kerja berikut :-

 

NO TENDER: PPPP/B/T6/2019

CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN UTC KOMTAR, DI SEBAHAGIAN RUANG TINGKAT 2 DAN 3 KOMTAR, NAIKTARAF KAWASAN BERKAITAN DI TINGKAT 1,2 & 3 SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI BANGUNAN KOMTAR, DAERAH TIMUR LAUT, PULAU PINANG.

 

Yuran Dokumen: RM10.00 (dibayar melalui Sistem Perolehan). Mesti kemukakan salinan resit bayaran Sistem Perolehan semasa membeli dokumen tambahan.

 

Dokumen Tambahan: boleh diperolehi mulai 6 Ogos 2019 di Bahagian Pengurusan Bangunan, Paras 1, Bangunan Tun Dr. Lim Chong Eu, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dengan bayaran RM1,500.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) secara tunai. atau draf bank atas nama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

 

Lawatan Tapak akan diadakan pada 5 Ogos 2019 (PEMILIK SYARIKAT DIWAJIBKAN HADIR), jam 10.00 pagi di Bilik AV, Paras 2, Bangunan Tun Dr. Lim Chong Eu, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang

 

Tender yang dihantar hendaklah di dalam sampul surat yang berlakri dan ditulis Nombor dan Tajuk Tender. Tender hendaklah dimasukkan di dalam peti tawaran yang disediakan.

 

Tarikh tutup penerimaan tender ini ialah pada 27 Ogos 2019 jam 12.00 tengahari di pejabat:-

 

Bahagian Khidmat Pengurusan, Paras 3 PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG

Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu No. 1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru

11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang

 

"Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lainlain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan petender akan menyebabkan tender tersebut ditolak serta merta"