Asklegal

Tender | Maintenance Tender | Services

Pendinginan Megajana Sdn. Bhd. - Project Bunga Raya 2


Tender adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat Malaysia yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam kelas dan jenis pendaftaran yang berkaitan bagi kerja berikut:-


 

Tajuk Projek

 

PROJECT BUNGA RAYA 2:

 

TENDER FOR REPLACEMENT OF EXISTING CHILLE WITH A NEW 2000RT ELECTRICAL CENTRIFUGAL DAN WATER-COOLED CHILLER TOGETHER WITH RELATED  ACILLIARIES EQUIPMENT AND ASSOCIATED CIVIL, MECHANICAL AND ELECTRICAL WORKS FOR PENDINGINAN MEGAJANA SDN BHD AT DISTRICT COOLING PLANT 1 ("DCP1"),  CYBERJAYA, SELANGOR.


Bidang Pendaftaran 

 

 

 Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) 

 

  •  Kelas A, Kepala I, II 
  • Kepala IIl, sub-kepala 1(a), 10
  • Kepala VII, sub-kepala 1, 10

 

DAN

 Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 

 

  •  Gred 7

 

Penender dengan pengalaman  District Cooling Plant', 'High  Coefficient of Performance (COP) dan 'Thermal Energy Storage System' (TES) adalah amat digalakkan untuk menyertai tender ini.


Harga Dokumen Tender

RM1,000.00


 

Jaminan Tender

RM10,000.00


Taklimat & Lawatan Tapak

 

1 Ogos 2019 (Rabu) (Wajib- Pemilik atau Pengurus Projek yang diberikan surat kuasa oleh majikan)

 

Jam 10.30 Pagi

 

Tempat:

Pendinginan Megajana Sdn. Bhd.

Lot 12150, 

Jalan IMPACT

Flagship Zone, 63000 Cyberjaya,

Selangor Darul Ehsan, Målaysia.


Penender-penender yang tidak menghadiri taklimat dan lawatan tapak tidak layak untuk membeli Dokumen e-Tender dan hanya dua (2) wakil bagi setiap penender dibenarkan hadir. 

 

Dokumen e-Tender boleh dibeli di Perunding Hashim & NEH Sdn. Bhd. No. Penthouse, Level 13A, Block C, Plaza Mont Kiara, 2 Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480, Kuala Lumpur pada 2 Ogos 2019 pada waktu pejabat dengan menggunakan DRAF BANK atas nama PENDINGINAN MEGAJANA SDN. BHD. dengan nilai yang tercatat di atas dan tidak akan dikembalikan. 

 

Bayaran secara tunai atau cek persendirian tidak diterima. Bayaran Jaminan Tender dengan menggunakan DRAF BANK atas nama PENDINGINAN MEGAJANA SDN. BHD. perlu disediakan semasa memajukan Dokumen Tender.

 

Dokumen Tender akan dikeluarkan pada wakil-wakil Penender yang sah sahaja. Sila bawa bersama sijil salinan asal Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) atau salinan yang disahkan semasa membeli dokumen tersebut. Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul yang dilakrikan dan ditulis tajuk tender pada bahagian atas sebelah kiri sampul dan diserahkan TIDAK LEWAT DARI JAM 12.00 TENGAHARI pada 23 OGOS 2019 (JUMAAT) ke alamat :

 

PENDINGINAN MEGAJANA SDN. BHD. 

Lot 12150, Jalan IMPACT, Flagship Zone 63000 Cyberjaya,

Selangor Darul Ehsan, Malaysia


Pendinginan Megajana Sdn. Bhd. tidak terikat untuk menerima mana-mana tender yang terendah serta tidak bertanggungjawab memberi ufasan atas penolakan tender dan keputusan adalah muktamad.