Asklegal

Tender | Construction Tender | Government

Majlis Bandaraya Pulau Pinang - Proposed Build Roof Structure For Bike Path


 

1. Tender adalah dipelawa daripada pembekal yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan masih dibenarkan untuk menyertai tender seperti berikut:-


TAJUK

Cadangan Membina Struktur Bumbung Bagi Laluan Basikal Di Jambatan Harapan, Pulau Pinang


KELAYAKAN

CIDB: Gred G3 - CE21


 

Tarikh Penjelasan Tapak:02.08.2019 (Jumaat),

Jam: 10.30 pagi [Pendaftaran: 10.00 - 10.30 pagi) Tempat: Jambatan Harapan berhampiran Queensbay Mall, Pulau Pinang 

Tarikh Penjualan Dokumen : 02.08.2019 (Jumaat)


Harga Dokumen: RM50.00 senaskah


Tarikh Tutup: 23.08.2019 (Jumaat), Jam 12:00 tengahari


 

2. Kontraktor diwajibkan menghadiri penjelasan tapak sebelum membeli dokumen tender. Wakil diwajibkan membawa surat kebenaran daripada syarikat untuk menyertai penjelasan tapak. Dokumen tender dijual di Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPP, Tingkat 17, KOMTAR mulai 02 Ogos 2019 jam 9.00 pagi - 4.00 petang. Sila bawa bersama sijil ASAL Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK) dan Sijil Perolehan Kerja kerajaan (SPKK) daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

 

3. Dokumen tender yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender yang terletak di bersebelahan Kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada tender yang lewat diterima.

 

4. Maklumat lanjut mengenai tender di atas boleh diperolehi melalui laman web http://www.mbpp.gov.my.