Asklegal

Tender | Construction

JKP Sdn Bhd - Proposed Building Teres & Double Storey Houses


 

 

1. Tender adalah dipelawa seperti yang berikut:


Tajuk/Butiran Tender

 

Cadangan Pembangunan Berperingkat Yang Terdiri: 77 Unit Rumah Teres 2 Tingkat Fasa 8 (4), Di Atas Lot 8019 (PT 841) & Lot 8020, Mukim 9, Jalan Ilmu, Nibong Tebal, Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Pulau Pinang. Untuk Tetuan : JKP Sdn Bhd.


Kelayakan  Petender

a. CIDB di bawah Gred Kerja G7.

b. Mempunyai Sijil SPKK 

c. Pengkhususan Di Dalam Bidang CE 21 & B 04. 

d. Mempunyai Sijil Pengiktirafan Taraf Bumiputera Yang Dikeluarkan Oleh PKK.


Harga Dokumen

 

RM1,000.00 Boleh dibeli mulai 29hb. Julai, 2019 hingga 16hb. Ogos, 2019.


Wang, Kesungguhan (Earnest Money) 

 RM3,000.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ribu Sahaja)


Tarikh Tutup

19hb. Ogos,2019 

Tender yang diterima selepas 12:00 Tengahari tidak akan dipertimbangkan


 

2.Dokumen tender boleh didapati di:

 

JKP Sdn. Bhd.

Tingkat 13, No. 128,

Menara JKP Jalan Macalister,10400 Pulau Pinang.

 

pada waktu berikut :- . 

Isnin - Khamis :9 pg hingga 1 ptg  2 ptg hingga 4 ptg 

Jumaat :9 pg hingga 12 tghari 3 ptg hingga 4 ptg 

 

3.Dokumen Meja Tender boleh disemak di Pejabat JKPSB semasa waktu pejabat dari  29hb. Julai, 2019 hingga 16hb. Ogos, 2019.

 

4.Petender mesti membawa surat PENDAFTARAN ASAL (ORIGINAL) CIDB, SPKK dan Sijil Pengiktirafan Taraf Bumiputera yang masih dalam tempoh sahlaku serta sesalinan untuk simpanan Pejabat JKP Sdn. Bhd. bagi mendapatkan Dokumen Tender.

 

5.Bayaran hendaklah dibuat dengan dalam bentuk Money Order/ Postal Order atau Bank Deraf berpalang atas naina "JKP Sdn. Bhd." Pembayaran secara wang tunai tidak akan diterima. Bayaran dokumen tender tidak akan dikembalikan kepada petender. 

 

6.Dokumen Tender yang telah siap mesti dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda Tajuk Tender dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di Pejabat JKP Sdn. Bhd. pada tarikh dan waktu yang dinyatakan dalam jadual. 

 

7.Semasa mengembalikan Dokumen Tender, petender dikehendaki mengemukakan bayaran sebanyak RM3,000.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ribu Sahaja) sebagai Wang Kesungguhan (Earnest Money) dalam bentuk Money Order/ Postal Order atau Bank Deraf berpalang atas nama " JKP Sdn. Bhd.” Pembayaran secara wang tunai tidak akan diterima. Bayaran Wang Kesungguhan (Eamesi Money) hanya akan dikembalikan kepada petender bona-fide yang gagal setelah pentender mengembalikan Dokumen Tender serta mematuhi syarat-syarat tender. 

 

8.Semua Dokumen Wajib/ Sokongan hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat berasingan dan dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri bersama-sama dengan Dokumen Tender. 

 

9.Pihak JKP Sdn. Bhd. tidak terikat untuk menerima tawaran tender terendah atau sebarang tawaran atau memberi apa-apa sebab sesuatu tender itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang perbelanjaan berhubung dengan tender ini dan scbarang keputusan adalah muktamad.