Asklegal

Tender | Supply Tender | Delivery Tender | Services Tender | Design

Lembaga Zakat Selangor - Print Material For MAIS


 

RUJUKAN SEBUTHARGA: LZS/DP/100-T (23/2019)

 

1. Tawaran dipelawa kepada syarikat-syarikat bertaraf Bumiputera dan memiliki pengalaman yang sebanding dan berkaitan cadangan tender yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan serta beralamat di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk menyertai sebutharga seperti berikut:


BUTIR-BUTIR TAWARAN

KONTRAK PERKHIDMATAN MEREKA BENTUK,  MENCETAK, MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAHAN CETAKAN UNTUK LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (MAIS)


KOD BIDANG (WAJIB)

 

PERCETAKAN (020603 DAN 020901 DAN 221601 DAN 221602 DAN 221603 DAN 221606) SERTA MEMPUNYAI LESEN KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN)


 

TAKLIMAT SEBUTHARGA (DIWAJIBKAN)


TARIKH/ WAKTU

 

31 Julai 2019 (Rabu) 10.30 pagi


TEMPAT

 

Bilik Latihan HR, Bangunan Zakat Selangor, Presint

ALAMI, Pusat Perniagaan Worldwide 2, Persiaran Akuatik,

Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.


TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

20 Ogos 2019 (Selasa) 12.00 tengah hari


 

 

2. Dokumen Sebutharga boleh diperolehi bermula 31 Julai 2019 (Rabu) sehingga 16 Ogos 2019 (Jumaat) pada waktu pejabat (9.30 pagi - 12.30 tengah hari) dan (3.00 petang - 4.30 petang). Dokumen Sebutharga boleh dibeli di alamat berikut:-

 

 

LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (MAIS)

Bangunan Zakat Selangor, Blok 2, Tingkat 1, Divisyen Perolehan, Presint ALAMI, Pusat Perniagaan Worldwide 2,

Persiaran Akuatik, Seksyen 13,

40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan 

 

 

 

3. Pembida boleh memperolehi Dokumen Sebutharga dengan bayaran tidak dikembalikan) sebanyak RM50.00 bagi setiap satu. Pembayaran boleh dibuat melalui Wang Pos sahaja atas nama "Lembaga Zakat Selangor (MAIS)" 

 

 

4. Pembida hendaklah mengemukakan sijil yang ASAL dan belum tamat tempoh sewaktu pembelian Dokumen Sebutharga serta salinan fotostat untuk simpanan Lembaga Zakat Selangor (MAIS) seperti berikut: 

a) Sijil Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 

b) Sijil Lesen Mesin Cetak Kementerian Dalam Negeri 

c) Sijil Perakuan Pendaftaran Kementerian Kewangan

d) Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera Kementerian Kewangan 

 

 

5. Tawaran sebutharga tidak akan dipertimbangkan sekiranya:

a) Pembida GAGAL menghadiri taklimat sebutharga.

b) Pembida LEWAT mengemukakan dokumen tawaran sebutharga. 

c) Pembida GAGAL mengemukakan dokumen wajib dengan lengkap seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Sebutharga. 

 

 

6. Di antara KRITERIA UTAMA yang akan diberi pertimbangan adalah pembida seperti berikut: 

a) Pembida mempunyai keupayaan kewangan untuk menampung kos operasi bersamaan dua (2) bulan tuntutan bulanan kontrak. 

b) Pembida hendaklah mengemukakan Sijil Lesen Mesin Cetak dari KDN yang sah dan masih berkuatkuasa. 

c) Pembida hendaklah melampirkan Maklumat Kilang Pencetak Pembida dengan menyertakan segala maklumat alamat, gambar mesin-mesin berserta gambar kilang pencetak serta maklumat-maklumat lain yang boleh menjadi rujukan pelantikan. 

d) Keutamaan kepada Syarikat Bumiputera yang membayar zakat perniagaan/pendapatan dengan Lembaga Zakat Selangor (MAIS). 

 

7. Lembaga Zakat Selangor (MAIS) tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran dan juga tidak bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kehilangan mana-mana tawaran yang dikemukakan melalui pos.

 

 

b/p: Ketua Pegawai Eksekutif 

Lembaga Zakat Selangor (MAIS)