Asklegal

Tender | Construction Tender | Services Tender | Design

PCB Development Sdn. Bhd - Mechanical,Electrical & Construction Works In Perak


PCB Development Sdn Bhd (PCBD) mempelawa kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengikut syarat-syarat pendaftaran yang berkaitan untuk mengemukakan tawaran bagi menjalankan kerja-kerja berikut:-


NO TENDER

BMR/STP/ MODUL 3 & 4/2019 


TAJUK KERJA

 Cadangan Merekabentuk, Membina Dan Menyiapkan Serta Mengujiterima Dan Mentauliah Kerja-Kerja   Menaiktaraf Loji Rawatan   Kumbahan Modul 3 & 4 (42,500 PE) Berserta  Kerja-Kerja Elektrikal Dan  Mekanikal Di Zon 7,  Bandar Meru Raya, Mukim Hulu Kinta, Daerah Kinta, Perak Darul Ridzuan


 

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN

 

 CIDB Gred G7 Kategori CE

 

Pengkhususan CE19 Dan M19

 

SPAN Permit IPA Jenis C1 Pembentungan 


HARGA DOKUMEN TENDER

RM 500.00


TEMPOH PEMBELIAN  DOKUMEN TENDER

 

Mulai Pada 1 Ogos 2019 Sehingga 30 Ogos 2019

 

Di Antara Waktu 8.00 Pagi Sehingga 5.00 Petang


 

TARIKH, MASA DAN TEMPAT LAWATAN TAPAK

 

1 Ogos 2019 (Khamis)

 

Jam 10.00 Pagi

 

(Taklimat & Lawatan Tapak Diwajibkan)  Petender Diminta Berkumpul Di Bilik Mesyuarat, Tingkat 3, Menara B PKNP, Jalan Meru Casuarina, Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak


 

TARIKH TUTUP  

 

9 September 2019 (Isnin)

 

Sebelum/ Pada 12.00 Tengah hari


 

Kontraktor adalah diwajibkan untuk menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak yang akan diadakan pada 1 Ogos 2019 (Khamis). Hanya penama / wakil yang sah bersama SURAT WAKIL KUASA sahaja dibenarkan untuk menghadiri lawatan tapak dan sesi taklimat berkenaan. Kontraktor yang tidak menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak tidak layak untuk membeli dokumen tender. 

 

Bayaran Dokumen Tender boleh dibuat secara Tunai atau Cek Tunai diatas nama PCB Development Sdn Bhd dan tidak akan dikembalikan. Semasa pembelian petender diminta membawa bersama SIJIL PENDAFTARAN ASAL CIDB dan SPAN yang masih sah tempoh pendaftaran serta satu salinan sijil-sijil berkenaan untuk simpanan dan rekod pejabat ini semasa membeli Dokumen Tender. 

 

Dokumen Tender boleh dibeli dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang di alamat berikut:

 

Divisyen Kontrak dan Perolehan, PCB Development Sdn. Bhd.,

Tingkat 3, Menara B PKNP,

Jalan Meru Casuarina, Bandar Meru Raya,

30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

 

 

Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan bertanda dengan jelas di penjuru atas sebelah kiri No. Tender dan Tajuk Kerja dan dimasukkan ke dalam kontak tender seperti alamat di atas sebelum / pada jam 12.00 tengah hari pada tarikh tutup. Petender juga wajib menyertakan sekali "Tender Bond" berjumlah Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Sahaja (RM 10,000.00) dalam bentuk Cek Bank diatas nama PCB Development Sdn Bhd. Bagi tawaran tender yang tidak berjaya, "Tender Bond" akan dikembalikan. 

 

 

Tawaran yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan dan pihak PCBD tidak terikat untuk menerima tawaran paling rendah atau sebarang tender atau mengemukakan sebab-sebab tender tersebut ditolak atau dibatalkan dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini. 

 

Petender dikehendaki menyediakan kenderaan sendiri semasa menghadiri lawatan tapak.