Asklegal

Tender | Maintenance Tender | Services

Jabatan Kerja Raya - Repair and Maintenance of Barbed Fence Works


Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut :-


 

Pejabat yang memanggil tawaran

Ibu Pejabat JKR Johor


Tajuk Projek

Kerja-Kerja Pembaikan  Dan Penyelenggaraan  Pagar Berduri Dan Papan Tanda Kawasan Larangan Di Kem Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor.

 

(NO. TAWARAN) JKR/NEG/J/08/2019


 

Taraf / Jenis Syarikat*

Bumiputera T1


 

Gred, Kategori & Pengkhususan/ Kelas, Tajuk & Tajuk  Kecil/Kelas, Kepala & Sub kepala

 

CIDB Gred G3  kategori B 

 

Pengkhususan : B04


 

Tempat dan Tarikh Dokumen Mulai Dijual  

 

 

Pejabat Pengarah Kerja Raya, Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan, JKR Negeri Johor

 

Pada :  22.07.2019 (ISNIN) Hingga : 12.08.2019  (ISNIN) 


Harga Dokumen & Bayaran Atas  Nama

 

 RM 150.00  Pengarah Kerja Raya Johor


Tempat, Tarikh &  Waktu Tender Tutup 

 

Jabatan Kerja   Raya Negeri Johor, 

Bahagian Ukur Bahan, Tingkat 5, 

Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, 

Kota Iskandar, 79582 Nusajaya, 

Johor Darul Ta’zim

 

19.08.2019 (ISNIN) 12.00 tengah hari 


 

TAKLIMAT-TAPAK DAN LAWATAN TAPAK DIWAJIBKAN. BERKUMPUL DI BILIK MESYUARAT PEJABAT SENGGARA ASET NEGERI JKR JOHOR PADA 22.07.2019 (ISNIN) JAM 10.00 PAGI


Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan | menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ. 

 

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat. 

 

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama Pengarah Kerja Raya Johor. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, Wakil Kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan). 

 

 

* Jenis Syarikat Tempatan : 

T1 - Syarikat 100% milik tempatan.

A1 – Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang diseraraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara. 

A2 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.