Asklegal

Tender | Construction

Jabatan Kerja Raya - Construction Of Bridge & Walk Way


Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan. Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-


Pejabat yang Memanggil Tender

JKR Negeri Sembilan Darul Khusus


Tajuk Projek

Pembinaan Jejantas dan Laluan Pejalan kaki di UTC Ampangan, Daerah Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.


Taraf/Jenis Syarikat

Bumiputera T1


Gred, Kategori & Pengkhususan

CIDB Gred: G4

 

Kategori: CE

 

Khusus.

Pengkhususan: CE01, CE02, dan CE21


 

Tempat dan Tarikh Dokumen Mulai Dijual

 

Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan, 

JKR Negeri Sembilan Darul Khusus, Tingkat 2, 

Blok B, Wisma Negeri, 70990 Seremban, 

Negeri Sembilan Darul Khusus.

 

29.07.2019 Hingga 12.08.2019


 

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

 

RM 350.00

Akauntan Negara Malaysia

dalam bentuk Draf Bank/Kiriman Wang/Wang Pos


Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan, 

JKR Negeri Sembilan Darul Khusus, Tingkat 2, 

Blok B, Wisma Negeri, 70990 Seremban, 

Negeri Sembilan Darul Khusus.

 

 

20.08.2019 Jam 12.00 t/hari


 

Taklimat projek adalah . Berkumpul di Bilik Mesyuarat Cempaka, Tingkat 1, Blok D Wisma Negeri, 70990 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus pada 29.07.2019 (Isnin) jam 10.00 pagi.

Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ. 

 

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.

 

Bayaran bagi Dokumen Tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama Akauntan Negara Malaysia. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) (jika berkenaan) 

berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKI, Wakil Kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKI dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan). 

* Jenis Syarikat Tempatan:

T1 - Syarikat 100% milik tempatan.

A1 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asingtidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara. 

A2 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.