Asklegal

Tender | Construction

Jabatan Kerja Raya - Proposed To Build Boarding House


Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-

 

 


Pejabat yang Memanggil

JKR Kuala Terengganu


Tajuk Projek

Cadangan Membina Dan Menylapkan Dewan Asrama Anak Yatim Serta Kerja - Kerja Berkaitan Di Kampung Mengabang Telipot, Kuala Nerus, Terengganu.


Taraf/ Jenis Syarikat

T1 Bumiputera


Gred, Kategori & Pengkhususan kelas. Tajuk & Tajuk Kecil Kelas, Kepala & Sub kepala

Gred: G3

Kategori : B

Pengkhususan:B04


Tempat dan Tarikh Dokumen Mulai Dijual

 

 

IP. JKR. Trg. Tingkat 10 Wisma Negeri Kuala Terengganu.

29.07.2019 hingga 13.08.2019


Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

 

RM80.00 Pengarah JKR., Terengganu


Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

 

IP. JKR. Trg.

Tingkat 10 Wisma Negeri K. Terengganu

19.08.2019 12.00 t/hari.


Penender Adalah Diwajibkan Menghadiri Taklimat Dan Lawatan Tapak Pada : 22.07.2019 (Isnin) Jam 10.00 Pagi Bertempat Di Perkarangan Asrama Anak Yatim Di Kampung Mengabang Telipot, Kuala Nerus, Terengganu


Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ.

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat. 

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama Ketua Akauntan Kementerian Kerja Raya. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan (jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, Wakil Kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSĂ atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan).

 

*Jenis Syarikat Tempatan:

 

T1 - Syarikat 100% milik tempatan. 

A1 – Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara. 

A2 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.