Asklegal

Tender | Maintenance Tender | Services

UTAR - Cleaning Services In Kampar


Pemohon tender dipelawa untuk menyertai tawaran 'Tender' Perkhidmatan Kebersihan di UTAR Kampus Kampar yang beralamat seperti berikut:-

 

Universiti Tunku Abdul Rahman

Jalan Universiti,

Bandar Barat,

31900 Kampar, Perak. 

 

Borang Tawaran Tender' boleh diperolehi di Bahagian Kewangan, Universiti Tunku Abdul Rahman, Jalan Sungai Long, Bandar Sungai Long, Cheras, 43000 Kajang, Selangor atau Universiti Tunku Abdul Rahman, Jalan Universiti, Bandar Barat, 31900, Kampar, Perak dengan bayaran RM100.00 sebagai yuran proses dan wang ini tidak akan dikembalikan. Borang Tawaran ini boleh diperolehi pada hari bekerja mulai 15 Julai 2019 dari jam 9.00 pagi -- 5.00 petang. Lawatan tapak akan diadakan pada 17 Julai 2019 dan kehadirian adalah DIWAJIDKAN. Kegagalan menghadiri lawatan tapak ini akan dianggap ketidaklayakan untuk tender ini.

 

Pemohon yang ingin menyertai Tender' dikehendaki melampirkan Bank Draf sebanyak RM3,000.00 atas nama Universiti Tunku Abdul Rahman bagi SETIAP tender sebagai wang cagaran. Wang cagaran tidak akan dikembalikan kepada pemohon yang Berjaya sekiranya gagal melaksanakan akujanji. Wang cagaran akan dikembalikan kepada yang tidak Berjaya selepas keputusan tawaran tender diumumkan.

 

Borang Tawaran yang lengkap mesti diletakkan dalam sampul surat tertutup dengan nama tender "Cleaning Services' ditulis di sudut atas sebelah kiri sampul surat di mana ia perlu dimasukkan ke dalam peti tender yang disediakan di Universiti Tunku Abdul Rahman, Jalan Sungai Long, Bandar Sungai Long, Cheras, 43000 Kajang, Selangor atau di Universiti Tunku Abdul Rahman, Jalan Universiti, Bandar Barat, 31900, Kampar, Perak, tidak lewat daripada 2:00pm pada 07 August 2019.

 

 

Universiti Tunku Abdul Rahman mempunyai hak untuk terima atau tolak mana-mana tender tanpa menyatakan sebarang sebab