Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Services

Lembaga Getah Malaysia - 175 Unit Of PC Needed


Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di bawah yang masih dibenarkan membuat tender berikut: 


 

NO.TAWARAN

 

LGM/T/UTM/2/2019


 

BUTIR-BUTIR TAWARAN

MEMBEKAL, MEMASANG,  MENGUJI DAN MENTAULIAH 175 UNIT KOMPUTER RIBA UNTUK LEMBAGA GETAH MALAYSIA


KOD BIDANG

Berdaftar dengan  MOF:   210101 ATAU 210102


 

TARIKH PENJUALAN DOKUMEN

Tarikh Jualan : 11 Julai - 8 Ogos 2019 (waktu pejabat)

Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang

Tempat : Unit Teknologi Maklumat  Tingkat 1, Bangunan Getah Asli, 148, Jalan Ampang,Kuala Lumpur.


Syarikat-syarikat diwajibkan membawa bersama sijil pendaftaran MOF, sijil taraf Bumiputra (jika bertaraf Bumiputra), Surat Akuan SST (asal/salinan yang diperakui sah) semasa membeli dokumen tender. 

 

Dokumen tender boleh dibeli dengan harga RM50.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh sahaja) senaskah yang tidak akan dikembalikan. Pembayaran hendaklah dibuat dalam bentuk (Bank Draf/Wang Pos) atas nama LEMBAGA GETAH MALAYSIA. Wang Tunai/Cek tidak diterima. 

 

Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan Tajuk dan No. Tender dan dimasukkan ke dalam peti Tender/Sebutharga yang ditetapkan sebelum atau pada 15 Ogos 2019. jam 12.00 lengahari.

 

LEMBAGA GETAH MALAYSIA 

Unit Pentadbiran, Tingkat 15, Bangunan Getah Asli (Menara)

No. 148 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.

 

(Peti No.1 & 2) 

 

Lembaga Getah Malaysia tidak bertanggungjawab di atas kelewatan dokumen tender yang diposkan dan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau memberi apa-apa sebab tender itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini dan sebarang keputusan adalah muktamad.

 

Laman Web: http://www.lgm.gov.my