Asklegal

Tender | Maintenance

PBT Pengerang - Road and Pedestrian Maintenance Works


Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor yang mempunyai Sijil Perolehan Kerajaan (SPKK) berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan serta bertaraf Bumiputera yang berdaftar dengan Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) di bawah tajuk berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut:

 


 

NO TENDER

РВТР/UKU/2019/TD/46


PERIHAL KERJA

Kerja-Kerja Penyelenggaraan Jalan Dan Pejalan kaki Di Jalan Dato Onn, Bandar Penawar

 

Tarikh Taklimat & Lawatan Tapak: 15.07.2019 (Isnin) Tempat : Pejabat PBT Pengerang di No 7, Jalan Kempas 1, Taman Desaru Utama, 81930 Bandar Penawar, Johor Darul Ta'zim.

 

 

Waktu Pendaftaran  : 9.30 - 10.00 pagi Waktu Taklimat : 10.00 pagi

 

Tarikh Tutup Tender: 5.08.2019 (Isnin) Jam : 12.00 tengah hari


HARGA DOKUMEN/  TARIKH MULAI DIJUAL

 

 RM 105.00  15.07.2019.  hingga  29.07.2019


SYARAT PENDAFTARAN

 

CIDB

Gred: G3  Kategori : CE

Pengkhususan : CE01 Dan CE21 (BUMIPUTERA) 

 

 

HANYA PENAMA DALAM SIJIL CIDB DIBENARKAN UNTUK HADIR KE TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK


 

2. Dokumen Meja Tender boleh disemak di Pejabat PBT Pengerang semasa waktu pejabat mulai 15.07.2019 (Isnin). 

 

3. Dokumen Tender boleh didapati semasa waktu pejabat di Pejabat PBT Pengerang mulai tarikh yang ditetapkan di atas. 

 

4. Petender yang berminat untuk menyertai tawaran ini adalah DIWAJIBKAN menghadiri taklimat dan lawatan tapak sepertimana yang telah ditetapkan. 

 

 

5. Petender yang ingin memasuki tawaran ini adalah dikehendaki membuat bayaran secara Wang Tunai / Draf Bank / Wang Pos / Kiriman wang atau cek syarikat atas nama PBT Pengerang. 

 

6. Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja.

Untuk ini wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa sijil-sijil ASAL beserta satu Salinan setiap sijil semasa membeli Dokumen Tender sebagaimana berikut: 

6.1 Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) oleh CIDB 

6.2 Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) oleh CIDB dan Taraf Bumiputera (STB) oleh BPKU 

6.3 No. Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat MALAYSIA (SSM) 

 

 

7. Dokumen Tender yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan dalam sampul surat berlakri serta ditulis No. Tender dan Perihal Kerja di sudut atas sebelah kiri sampul surat dan dimasukkan ke dalam peti Tender di Pejabat PBT Pengerang sebelum jam 12.00 tengah hari pada 5.08.2019 (Isnin) 

 

 

8. Dokumen Tender yang dihantar melalui pos biasa lpos laju hendaklah dialamatkan ke Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan untuk dimasukkan di dalam peti Tender sebelum 12.00 tengah hari pada tarikh tutup yang ditetapkan di atas. 

 

 

9. PBT Pengerang tidak semestinya menerima tawaran yang terendah harganya atau sebarang tawaran yang lain.

 

HAJAH HAZLINA JALIL 

Yang Dipertua, PBT Pengerang