Asklegal

Tender | Services Tender | Design

kementerian Air,Tanah Dan Sumber Asli - Negotiation Services for Research Possibility and Design Studies  


Pelawaan ini adalah terbuka kepada firma perunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang seperti di bawah dan WAJIB menghadiri Taklimat Tender untuk mengambil bahagian di dalam pelawaan berikut:


 


NO.TENDER

BBA / (PP)/ 07/2019


 

 

BUTIR-BUTIR PELAWAAN

Perkhidmatan  Perundingan bagi Kajian Kemungkinan dan Rekabentuk  Perbangunan Sumber Air di Sungai Pontian Besar dan Pembinaan Baraj Sungai Putai, Johor

 


KOD BIDANG

330101 (Kejuruteraan  Awam) 


TARIKH TUTUP (12.00PM)

5/08/2019 (Isnin)


SYARAT UTAMA PELAWAAN

 

Syarat-syarat yang PERLU dipenuhi bagi pembelian Dokumen Tender. 

 

1. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan berdaftar di bawah kod bidang yang ditetapkan;

 

2. Tempoh pendaftaran dengan Kementerian Kewangan masih sah.

 

3. Hanya PENAMA yang tercatat di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Firma Perunding, Kementerian Kewangan sahaja yang dibenarkan  menghadri taklimat tender. 

 

4. Bagi tujuan pengesahan, Sijil Asal : Akiran Pendaftaran Firma Perunding, Kementerian . Kewangan dan Salinan WAJIB dibawa semasa taklimat tender. Syarikat tidak boleh mewakilkan penama selain daripada penama - dalam Akuan Pendaftaran Firma Perunding tersebut. 

 

 

5. WAJIB menghadiri taklimat tender seperti berikut: 

Tarikh : 12/07/2019 (Jumaat)

Masa : 9.30 pagi (Pendaftaran Bermuda :8.30 pagi)

Tempat : Bik Mesyuarat Aras 1 Bahagkan Bekalan Air Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli Aras 1, Blok E4/5, Kompleks Kerajaan Parcel : Pusat Peritadbiran Kerajaan Persekutuan, 62068 Putrajaya


 

 

Syarat-syarat Am, Arahan dan Maklumat lanjut mengenai pelawaan ini adalah dijelaskan di dalam Dokumen Pelawaan dan boleh dibeli daripada kaunter/pejabat Agensi di SEKSYEN PENTADBIRAN & KEWANGAN, BAHAGIAN BEKALAN AIR, KEMENTERIAN AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI, ARAS 1, BLOK E4/5, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62668 PUTRAJAYA bermula pada 12 Julai 2019 hingga 26 Julai 2019 semasa waktu pejabat (8.00 pagi hingga 4.30 petang). 

 

Dokumen Pelawaan yang dijual dengan harga RM80.00 (Ringgit Malaysia: Lapan Puluh Sahaja) bagi setiap satu (1) set. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Wang Pos Kiriman Wang/ Bank Deraf dari institusi Bank yang diiktiraf Malaysia atas nama Pengarah Bahagian Bekalan Air, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. 

 

Cadangan Teknikal dan Cadangan kos hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berasingan yang berlakri dan ditandakan "Cadangan Teknikal" dan "Cadangan Kos" di sebelah kiri setiap sampul surat berkenaan dan dialamatkan kepada Pengarah Bahagian Bekalan Air, Kementerian Air, Tanah, Dan Sumber Asli. Sila tuliskan nama projek bagi kedua-dua sampul surat berkenaan. 

 

 

Cadangan Teknikal dan Cadangan kos tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender di alamat seperti di bawah: 

 

Tempat Serahan dokumen: 

 

SEKSYEN PENTADBIRAN & KEWANGAN BAHAGIAN BEKALAN AIR, 

KEMENTERIAN AIR, TANAH, DAN SUMBER ASLI, 

ARAS 1, BLOK E4/5, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,

62668 PUTRAJAYA. 

 

Cadangan Teknikal dan Cadangan kos tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender tidak lewat daripada jam 12.00 tengah hari mengikut tarikh tutup tender yang telah ditetapkan di atas. Dokumen Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos yang lewat diterima TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.