Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Delivery Tender | Services Tender | Government

Jabatan Ketua Menteri Melaka  - Services For Automatic Equipment InThe TVET Unit


Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN yang masih sah tempohnya di bawah kod Bidang : 130101, 210101 dan 210103 bagi menyertai sebut harga berikut:


TENDER UNTUK MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG,MENGUJI LARI, MENTAULIAH, MENYELENGGARA DAN MELATIHGUNA KAKITANGAN BAGI PERALATAN AUTOMASI DI UNIT TVET (MEKATRONIK) PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN PERINDUSTRIAN DAN KEUSAHAWANAN MELAKA (MISDEC)

 

No. Spesifikasi : JKMM.UPEN. 400-10/4/1 ( )


2. Naskah-naskah tawaran tender dan keterangan lanjut dalam bentuk softcopy boleh diperolehi pada waktu pejabat di Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Aras 3 Blok Temenggong, Seri Negeri, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh Melaka dengan bayaran wang tunai berjumlah RM50.00 bagi setiap satu set dokumen tender. Dokumen tender akan dijual mulai 14 Jun 2019 (Jumaat) hingga 12 Julai 2019 (Jumaat).

 

3. Kontraktor/Pembekal dikehendaki membawa dan menunjukkan Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan dibawah kod Bidang 130101 sub-bidang 210101 dan 210103 bagi Peralatan dan Perisian Komputer dan Sijil SSM yang asal semasa membuat pembayaran. Dokumen tender yang telah dilengkapkan dan dilakri hendaklah dihantar ke alamat seperti di para 2 selewat-lewatnya pada 12 Julai 2019 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari.

 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi: Encik Hanif Bin Baharom/Encik Khairul Anuar Bin Arsad di talian 06-2307323/7709 atau emel : khairul@melaka.gov.my/hanifbaharom@melaka.gov.my