Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Delivery Tender | Services Tender | Government

KESEDAR - Supply, Delivery, Installation, Testing and Accepting Air Conditioning Systems


1. Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dalam bidang kerja yang berkaitan yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi menjalankan kerja seperti berikut:-

 


 

BIL.1 

BUTIR-BUTIR TENDER

No. Tender: LKKS/T/K/01/2019

 

Kerja-kerja Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji Dan Mengujiterima Sistem Penyaman Udara Serta Kerja-kerja Berkaitan Untuk Dewan Serbaguna (Tertutup), Ibu Pejabat KESEDAR, Gua Musang, Kelantan.


SYARAT PENYERTAAN  TENDER

Terbuka Berdaftar dengan: Lembaga Pembangunan . Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB)

G4, M01


BUTIR-BUTIR LAWATAN DAN TAKLIMAT ТАРАК

 

Taklimat Tapak: 26 Mei 2019 (Ahad) 11.00 pagi 

 

Tempat Taklimat: Dewan Rahmat, Ibu Pejabat KESEDAR, Bandar Baru Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan 

 

Lawat Tapak: DIWAJIBKAN


TARIKH,WAKTU TEMPAT DAN HARGA DOKUMEN DIJUAL

Tarikh Dijual: 26 Mei 2019 hingga 09 Jun 2019 

 

Waktu : 8.00 pg – 12.30 t/hari 1.30 ptg - 3.30 ptg (Ahad-Rabu) 

8.00 pg - 12.30t/hari 1.00 ptg - 2.00 ptg (Khamis)

Tempat: Unit Perolehan, Bahagian Kewangan, Ibu Pejabat KESEDAR, 18300 Gua Musang, Kelantan.

Harga Dokumen:

RM200.00


TARIKH DAN WAKTU TAWARAN DITUTUP 

Tarikh Tutup: 16 Jun 2019 Waktu: 12.00 T/Hari


2. Kontraktor yang ingin menyertai tender ini hendaklah berdaftar dengan syarat yang tersebut di atas dan naskah meja tawaran boleh disemak di Unit Perolehan, Bahagian Kewangan, Ibu Pejabat KESEDAR, 18300 Gua Musang, Kelantan. 

 

3. Dokumen Tender hanya akan dikeluarkan kepada kontraktor yang ditauliahkan seperti PENAMA di dalam Sijil Pendaftaran Asal Lesen. Sila bawa bersama Sijil Pendaftaran ASAL, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Pendaftaran CIDB yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berserta salinan-salinannya. (SALINAN SIJIL DAN DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN YANG DISERTAKAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN). 

 

4. Dokumen Tender boleh dibeli dengan Wang Tunai atau Bank Draf/Money Order atas nama Pengurus Besar, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan sebagai bayaran Dokumen Tender. Bayaran ini tidak akan dikembalikan. 

 

5. Taklimat Tender dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN dan hanya kontraktor yang hadir sahaja akan dibenarkan membeli dokumen tender. Petender perlu membawa salinan sijil pendaftaran asal CIDB untuk semakan dan hanya Penama yang ditauliahkan di dalam Sijil Pendaftaran CIDB SAHAJA DIBENARKAN MENGHADIRI TAKLIMAT TENDER, TAPAK DAN MEMBELI DOKUMEN TENDER. 

 

6. Dokumen Tender tidak akan dikeluarkan selepas tempoh tersebut di atas. 

7. Dokumen Tender yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan dan KESEDAR tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kelewatan dan sebagainya ke atas dokumen yang dihantar melalui Pos atau kurier. 

 

8. Dokumen Tender yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri ke dalam peti Tawaran di alamat:-

 

Pengurus Besar

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan

Bahagian Kewangan, Ibu Pejabat KESEDAR,

18300 Gua Musang, Kelantan.

(U.P: Unit Perolehan)