Asklegal

Tender | Maintenance Tender | Construction Tender | Government

Jabatan Kerja Raya - Working And Developing Buildings Of Childs Protection Home


Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut :-


 

Pejabat yang Memanggil tawaran

JKR DAERAH Johor Bahru


Tajuk Projek

TAWARAN BIL: JKR/NEG/J/JB/T/01/2019

KERJA-KERJA MENAIKTARAF DAN MEMBAIKPULIH KEROSAKAN BANGUNAN DI RUMAH PERLINDUNGAN KANAK-KANAK JOHOR, JOHOR BAHRU.


 

Taraf/Jenis Syarikat

BUMIPUTER T1


Gred, Kategori & Pengkhususan/  Kelas. Tajuk & Tajuk Kecil/Kelas, Kepala & Sub kepala  

CIDB

GRED G 3 KATEGORI B PENG. B 24


Tempat dan Tarikh Dokumen Mulai Dijual

 

PEJABAT JURUTERA  DAERAH  JKR (D) JOHOR BAHRU

 

26 MEI 2019 (AHAD)  HINGGA  17 JUN 2019


Harga  Dokumen  & Bayaran Atas Nama 

RM 250.00

PENGARAH KERJA RAYA  NEGERI JOHOR


Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

 

Pejabat Pengarah  Kerja Raya Negeri Johor, Aras 5 (Bhg. Kontrak & Ukur   Bahan) Bangunan  Dato' Abdul Rahman  Andak, Kota Iskandar,  Iskandar Puteri, Johor. 

24 JUN 2019  

12.00 TGH (ISNIN)


 

Taklimat projek dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Berkumpul di Dewan Mohd Said; Pejabat Jurutera Daerah, JKR (D) Johor Bahru pada 26 Met 2019 (AHAD) jam 9.00 pagi


Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ. 

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat. 

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama PENGARAH KERJA RAYA NEGERI JOHOR. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, Wakil Kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan). 

 

* Jenis Syarikat Tempatan : T1 - Syarikat 100% milik tempatan.

 

A1 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara. 

 

A2 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.