Asklegal

Tender | Maintenance Tender | Services

Majlis Perbandaran Pasir Gudang  - Road Cleaning Works Using Machine 'Road Sweeper


Tawaran adalah dipelawa kepada pemborong-pemborong bertaraf BUMIPUTERA yang mempunyai lesen Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di bawah tajuk / kod bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut:-


JENIS KERJA & BILANGAN TAWARAN

KERJA-KERJA PEMBERSIHAN BAHU JALAN MENGGUNAKAN JENTERA 'ROAD SWEEPER' DI KAWASAN PENTADBIRAN PASIR GUDANG, UNTUK TEMPOH 1 TAHUN

 

MPPG/T23/2019/BPK/JKA


GRED, KATEGORI,PENGKHUSUSAN

 

221002 & 221003


HARGA  DOKUMEN

RM300.00


 

LAWATAN TAPAK/TAKLIMAT TENDER (WAJIB HADIR)

TARIKH: 20 MEI 2019 (ISNIN) MASA: 10.00 PAGI 

TEMPAT: BILIK AUDITORIUM, ARAS 3, MENARA AQABAH, MPPG

PERHATIAN: HANYA PEMILIK SYARIKAT SAHAJA YANG DIBENARKAN MENGHADIRI TAKLIMAT /LAWATAN TAPAK 

 

Sila bawa bersama SIJIL/LESEN ASAL dan 1 Salinan


Dokumen tawaran boleh dimuat turun di laman sesawang sistem sebutharga MPPG iaitu http://kontrak.mppg.gov.my/eSebutharga mulai 20 MEI 2019 (ISNIN) hingga 11 JUN 2019 (SELASA) dengan dikenakan bayaran seperti di atas dalam bentuk Draf Bank atau Wang Pos dibuat atas nama MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG. Bayaran secara tunai atau secara "On Line" juga akan diterima. 

 

Dokumen tawaran yang tidak lengkap adalah tidak sah dan tidak akan diterima. Tempoh sah laku lesen hendaklah sekurang-kurangnya 3 bulan dari tarikh tutup tawaran. Naskah Meja Tender akan dipamerkan di Bahagian Pengurusan Kontrak, Aras 10, Menara Aqabah, Pasir Gudang Johor pada waktu pejabat. 

 

Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Tawaran dan jenis kerja berkaitan dan dikembalikan kepada:

 

 

Yang Dipertua 

Majlis Perbandaran Pasir Gudang 

Aras 19, Menara Aqabah 

Jalan Bandar,

81700 Pasir Gudang, Johor 

 

Tarikh tutup tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada 13 JUN 2019 (KHAMIS) dan dikehendaki memasukkan ke dalam peti tawaran di Bahagian Pengurusan Kontrak, Aras 10, Menara Aqabah, Pasir Gudang, Johor. Pihak kami tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali atau sebarang tawaran.


HANYA KONTRAKTOR YANG TELAH BERDAFTAR DENGAN MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG SAHAJA YANG LAYAK MEMBELI DOKUMEN TAWARAN. SEGALA PEMBELIAN DIBUAT SECARA "ON LINE" DI LAMAN SESAWANG SISTEM SEBUTHARGA MPPG IAITU http://kontrak.mppg.gov.my/eSebut Harga. SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI 07-2547771 - Bahagian Pengurusan Kontrak.