Asklegal

Tender | Supply Tender | Services

Jabatan Agama Islam Negeri Johor - Publishing, Printing And Supply Kitab


 KENYATAAN TAWARAN TENDER KEUTAMAAN KEPADA BUMIPUTERA

 

1.Tawaran adalah dipelawa kepada Petender Bumiputera yang berwibawa dan berkeupayaan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 010102 (Bahan Bacaan) yang masih berkuat kuasa sekurang-kurangnya sehingga enam (6) bulan dari tarikh tutup tawaran ini bagi tender berikut:

 

TENDER BAGI MENERBIT, MENCETAK DAN MEMBEKAL

PAKEJ 9 JUDUL KITAB DARJAH SATU (1) DAN 

PAKEJ 13 JUDUL KITAB DARJAH LIMA (5)

SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR 

PEMBEKALAN TAHUN 2019 (KEGUNAAN MULAI TAHUN 2020)


 

Bil.1 KOD TENDER

JAINJ/BPI/T/01/2019


TAJUK

Pakej 9 Judul Kitab Darjah Satu (1)


 

Bil.2 KOD TENDER

JAINJ/BPI/T/02/2019


TAJUK

Pakej 13 Judul Kitab Darjah Lima (5)


 

ZON PEMBEKALAN

Seluruh Negeri Johor


 

TAKLIMAT TENDER

22 Mei 2019 (Rabu) 11.00 pagi

Tempat: Bilik Multimedia, Aras Bawah, Blok A, Pusat Islam

Iskandar Johor, Jalan Masjid Abu Bakar, 80990 Johor Bahru


TARIKH TUTUP DAN TEMPAT HANTAR TENDER

19 Jun 2019 (Rabu) Tepat Jam 12.00 Tengah Hari

 

Tempat: Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama

Islam Negeri Johor, Aras 3, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor

Jalan Masjid Abu Bakar 80990 Johor Bahru


2.Dokumen Tender boleh dibeli di Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Aras 3, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor, Jalan Masjid Abu Bakar, 80900 Johor Bahru dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang mulai 22 Mei 2019 (Rabu) hingga 19 Jun 2019 (Rabu) dengan harga: RM200.00 bagi setiap satu set dokumen tender. 

 

 

3.Petender yang ingin membeli dokumen tender hendaklah membawa bersama; 

a) SIJIL ASAL Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera KKM dan satu (1) salinan sijil (tidak dikembalikan). 

 

b) Sekiranya Petender tidak mempunyai Sijil Pendaftaran Kontraktor tetapi mempunyai Sijil Virtual, Petender hendaklah mengemukakan Nombor Pendaftaran Petender dengan Kementerian Kewangan kepada Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor bagi penyemakan dan pengesahan status pendaftaran Petender dengan memfakskan ke nombor 07-223 3178. 

 

4. Petender hanya dibenar mengemukakan satu tawaran tender sahaja bagi setiap tender yang ditawarkan. 

 

5. Tawaran tender akan ditutup pada hari Rabu 19 Jun 2019, tepat jam 12.00 tengah hari. 

 

6. Taklimat Umum kepada Petender akan diadakan pada 22 Mei 2019 (Rabu) jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Multimedia, Aras Bawah Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor, Jalan Masjid Abu Bakar, 80990 Johor Bahru. Kehadiran Petender untuk taklimat ini adalah diwajibkan. Sekiranya gagal berbuat demikian, maka Jabatan ini mempunyai hak untuk tidak menilai tawaran tender. 

 

 

7.Tawaran tender tidak akan dipertimbangkan sekiranya: 

7.1 Petender GAGAL menghadiri taklimat tender. 

7.2 Petender GAGAL mengemukakan dokumen wajib seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tender. 

 

 

8.Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Aras 3 Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor, Jalan Masjid Abu Bakar, 80900 Johor Bahru. Tawaran dan dokumen yang lewat diterima selepas tarikh dan masa tender ditutup adalah dikategorikan sebagai Tender Lewat dan tidak akan dipertimbangkan. 

 

 

9. Kerajaan Johor tidak terikat untuk menerima tender dengan harga yang terendah atau mana-mana tender

atau memberi apa-apa sebab atas penolakan sesuatu tender. Keputusan tender adalah muktamad. 

 

10. Petender dikehendaki mengemukakan SEMUA dokumen sokongan yang diminta oleh pihak kerajaan.

Petender yang gagal mengemukakan kesemua dokumen yang diminta, maka Kerajaan mempunyai hak untuk tidak menilai tawaran Petender.

 

 

Pengarah 

Jabatan Agama Islam Negeri Johor 

Pusat Islam Iskandar Johor