Asklegal

Tender | Construction

Kulim (Malaysia) Berhad - Building And Set Up Additional Works


Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor berpengalaman

untuk menjalankan kerja-kerja berikut:

 

NO TENDER: 53/2019 

 

MEMBINA DAN MENYIAPKAN KERJA-KERJA TAMBAHAN TERMASUK

KERJA-KERJA JALANRAYA, LOJI RAWATAN PEMBETUNGAN DAN

TAPAK PENAHANAN UNTUK PEMBANGUNAAN 2 BLOK ASRAMA DENGAN 12 UNIT BILIK DAN 1 SURAU DI PTD 8944, DAERAH KOTA

TINGGI, JOHOR DARUL TAKZIM 

 

Dokumen tender boleh dibeli di pejabat Kulim (Malaysia) Berhad, Ulu Tiram Estate, K.B. 705, 80990 Johor Bahru, 07-861 1611/863 3333 samb. 2111 (Pn Rafidah) dan samb. 2121 (Pn Nazneen) dalam waktu pejabat dari 8.00 pagi hingga 5.30 petang, Ahad hingga Khamis dengan harga RM100.00 dan wang tersebut tidak akan dikembalikan. 

 

Dokumen tender yang telah siap hendaklah dihantar bersama dengan Deposit Tender sebanyak RM6,000.00 dalam bentuk Deraf Bank dibayar kepada kulim (Malaysia) Berhad. Bayaran balik Deposit Tender akan dibuat kepada penender yang gagal selepas penerimaan tender.

 

Tender-tender yang telah dimeteri hendaklah bertulis "Tender No: 53/2019" di atas sebelah kiri dan dihantar kepada The Tender Open Committee, Kulim (Malaysia) Berhad, K.B. No. 705, 80990 Johor Bahru, Johor tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada 30hb Mei 2019. 

 

Penghantaran tender yang lewat tidak akan dilayan. Syarikat tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tender.