Asklegal

Tender | Supply Tender | Delivery

Indah Water - Membekal Dan Menghantar Pelbagai Jenis Hos


MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PELBAGAI JENIS HOS BERSERTA KOMPONEN BERKAITAN DAN AKSESORI KEPADA INDAH WATER KONSORTIUM SDN BHD

 

Indah Water Konsortium Sdn Bhd syarikat pembetungan nasional milik Menteri Kewangan Diperbadankan adalah bertanggungjawab untuk menyelenggarakan sistem pembetungan awam dan menyediakan perkhidmatan pembetungan di Malaysia.

 

Tender adalah dipelawa kepada pengilang-pengilang atau ejen pembekal atau kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang dan sub kod 110102; atau 110103; atau 110104; atau 110105; atau 110106-Kenderaan-Lori atau 110199-Kenderaan-Pembuat; atau 110201-Jentera Berat; atau 110299-Jentera Berat-Pembuat dan Penender dikehendaki membawa bersama Sijil Pendaftaran Asal Kementerian Kewangan Malaysia dan salinan semasa mengambil dokumen tender di bawah:

 

 

No.1 

Nama Tender

Membekal dan menghantar pelbagai jenis hos beserta komponen berkaitan dan aksesori kepada INDAH WATER KONSORTIUM SDN BHD.

 

Tempoh Jualan

13 Mei hingga 17 Mei 2019

 

 

Harga Dokumen

RM 100

 

 

Kotak Tender

D

 

 

Tarikh Tutup

Sebelum Jam 12.00 tengah hari 28 Mei 2019

 

 

 

Pembayaran bagi setiap set dokumen tender yang dibeli perlulah disertakan dengan Draf Bank atau Wang Pos di atas nama INDAH WATER KONSORTIUM SDN BHD dan dokumen Tender akan dijual pada tarikh yang telah ditetapkan di atas pada waktu pejabat di alamat sepertimana di bawah. Penender diwajibkan menghadiri Taklimat Tender pada tarikh dan masa seperti jadual di atas.

 

Dokumen yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertutup dan bertanda jelas di penjuru atas sebelah kiri "Nama Tender (Seperti tertera pada dokumen tender)" dan dimasukkan ke dalam kotak tender "seperti jadual di atas" sebelum jam 12.00 tengah hari pada 28 hb Mei 2019 di alamat berikut :

 

JABATAN PEROLEHAN 

INDAH WATER KONSORTIUM SDN BHD (211763-P)

Aras 4, No.44 Jalan Dungun, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur 

Pegawai bertugas: Mohd Faizal Amaran (03-2780 1100 samb. 1241)/Roslan Said(03-2780 1100 samb. 1669)

 

 

 

Tawaran yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan dan penghantaran melalui perkhidmatan segera seperti servis kurier tidak digalakkan. Pihak IWK tidak terikat untuk menerima tawaran yang rendah, sebarang tender atau mengemukakan sebab-sebab tender ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos-kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini.