Asklegal

Tender | Supply Tender | Services

Bank Simpanan Nasional - Print Works & Receipt Roll Supply


Tender adalah dipelawa kepada Syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja-kerja berikut:

 

 

BUTIR-BUTIR TAWARAN

CADANGAN KERJA-KERJA MENCETAK DAN MEMBEKAL RESIT ROLL ATM BAGI KEPERLUAN BANK SIMPANAN NASIONAL UNTUK TEMPOH 2 TAHUN - RUJUKAN PT 5/19

 

HARGA DOKUMEN 

 RM 1,000.00 (Tidak akan dikembalikan)

 

 

TEMPAT DAN  TARIKH DOKUMEN DIJUAL

 

Bahagian Perolehan, Insurans & Pengurusan Kontrak

Jabatan Pentadbiran Am &, Keselamatan,

Tkt.12, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Khamis, 18 April 2019  hingga Khamis,

 9 Mei 2019,2019 (Urusan dalam waktu pejabat)

 

 

SYARAT PENDAFTARAN

Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Sennego dengan pasaran BSN

 

 

TARIKH DAN TEMPAT TAKLIMAT

Khamis, 18 April 2019 Jam 02.30 petang

Bilik Mesyuarat Bakawali, Tingkat 4, Blok A

117, Jalan Ampang, 50450  Kuala Lumpur

Sesi Taklimat kehadiran adalah WAJIB

 

TARIKH TENDER DITUTUP

 

Khamis, 09 Mei, 2019 pada jam 12.00 tengahari

Tender yang lewat diterima tidak akan dilayan

 

 

Naskah meja tawaran boleh disemak di Bahagian Perolehan, Insurans & Pengurusan Kontrak, Jabatan Pentadbiran Am & Keselamatan, Tingkat 12, Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada waktu pejabat bermula 18 April 2019. Bayaran Dokumen Tender hendaklah dibuat dalam bentuk Draf Bank di atas nama Ketua Eksekutif Bank Simpanan Nasional atau bayaran secara tunai (bayaran ini tidak akan dikembalikan). Syarikat dikehendaki membawa Sijil Asal Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia dan satu salinan bagi sijil tersebut semasa membeli dokumen tender. Dokumen Tawaran Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermateri dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat:

 

Peti Tender (D), Bahagian Perolehan, Insurans & Pengurusan Kontrak, Jabatan Pentadbiran Am & Keselamatan,

Tingkat 12, Wisma BSN, 117 Jalan Ampang, 50450 KUALA LUMPUR