Asklegal

Tender | Supply Tender | Delivery Tender | Services

Dewan Bahasa dan Pustaka - Paper Distribution & Other Services


 

Syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam kod bidang 010201 - Pembekal Kertas yang masih sah, berkuat kuasa serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini, dipelawa untuk menyertai tender yang berikut:


 

No.Tender

2/2019


 

Tajuk Tender

Perkhidmatan Membekal, Mengendali, Menyimpan dan Menghantar kertas Simili 70gsm, Kad Art 230gsm One Sided Coated dan Kertas Art 157 gsm untuk Dewan Bahasa dan Pustaka.


Kod Bidang Pendaftaran

010201


Tempat,Masa dah Tempat Taklimat

 

Tarikh : 16 April 2019 (Selasa)

 

Masa : 10.00 pagi 

 

Tempat : Bilik Mesyuarat Tun Perak, Aras 29, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

 

Kehadiran DIWAJIBKAN. 

Ketidakhadiran atau kelewatan ke sesi taklimat boleh dianggap sebagai tidak berminat untuk menyertai tender ini.


Dokumen Tender boleh diperoleh pada waktu pejabat mulai 16 April 2019 di Bahagian Kewangan dan Bekalan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 27, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur dengan harga RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja) untuk senaskhah, dan hendaklah dibayar dalam bentuk wang tunai. Syarikat perlu menunjukkan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempoh pendaftaran, dan menyerahkan satu salinan sijil berkenaan semasa membeli Dokumen Tender. Dokumen Tender yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan dialamatkan kepada:

 

Bahagian Kewangan dan Bekalan, 

Dewan Bahasa dan Pustaka,

Aras 27, Menara DBP, 

Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

 

Tarikh dan masa tutup tender tidak lewat dari pukul 12.00 tengah hari pada 7 Mei 2019 (Selasa). Dokumen Tender yang lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan dipertimbangkan, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau memberi apa-apa sebab atas penolakan sesuatu tawaran tender.